Malaysia Isytihar Semua Penumpang Dan Krew MH370 Terkorban

Malaysia Isytihar Semua Penumpang Dan Krew MH370 Terkorban

KUALA LUMPUR – Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

Malaysia Isytihar Semua Penumpang Dan Krew MH370 Terkorban
Malaysia Isytihar Semua Penumpang Dan Krew MH370 Terkorban
Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.

Kerajaan komited meneruskan usaha untuk merungkai tragedi malang itu dengan kerjasama dan bantuan berterusan daripada kerajaan China dan Australia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Ketika membuat pengumuman itu menerusi televisyen yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM, beliau berkata: “Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines sebagai satu kemalangan … dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 dianggap telah terkorban.”

“Kami telah berusaha dan menjalankan pencarian daripada setiap sudut dan meneliti semua data yang sedia ada. Walaupun semua usaha ini dijalankan sejak 327 hari lepas (sehingga semalam), namun usaha pencarian itu malangnya masih belum menemukan lokasi pesawat yang hilang itu,” katanya.

Azharuddin berkata kerajaan Malaysia mengakui bahawa pengisytiharan mengenai kemalangan MH370 itu amatlah sukar bagi keluarga dan orang tersayang 227 penumpang dan 12 anak kapal untuk pertimbangan, apatah lagi menerimanya.

Beliau berkata 13 negara, juga kehilangan warganya terdiri daripada lelaki dan perempuan dalam tragedi ini tetapi bagaimanapun adalah penting bagi anggota keluarga cuba untuk meneruskan kehidupan biasa, atau kehidupan seperti biasa sebaik mungkin selepas kehilangan mengejut ini.

Saksikan video ini

Post a Comment

Previous Post Next Post