VIDEO: Restoran Di Toronto Ini Menggajikan Pelayan Pekak

VIDEO: Restoran Di Toronto Ini Menggajikan Pelayan Pekak

SEKALI pandang, restoran Signs di Toronto ini dilihat tidak ada bezanya dengan restoran lain di sekitarnya.

VIDEO: Restoran Di Toronto Ini Menggajikan Pelayan Pekak
VIDEO: Restoran Di Toronto Ini Menggajikan Pelayan Pekak
Hakikatnya, majikannya menggajikan hampir kesemua pekerja yang pekak termasuklah para pelayan yang bertugas mengambil pesanan makanan.

Uniknya pelanggan turut diminta memesan makanan dengan menggunakan isyarat tangan yang biasa digunakan untuk berkomunikasi dengan golongan istimewa ini.

Mereka tidak perlu bimbang jika tidak mengetahui cara berkomunikasi dengan isyarat kerana menunya sudah disertakan dengan lukisan grafik dan mereka hanya perlu menirunya sahaja.



Mungkin ia agak leceh bagi sesetengah orang, namun hakikatnya ia memberi peluang kepada golongan ini untuk mendapat peluang pekerjaan sama seperti insan normal yang lain.

Bagus kan?

Post a Comment

Previous Post Next Post