Kejam: Mayat Gadis Dijumpai Tertanam Di Dalam Hutan Simpan Pedu

Kejam: Mayat Gadis Dijumpai Tertanam Di Dalam Hutan Simpan Pedu

PADANG TERAP: Penduduk kampung sekitar Hutan Simpan Pedu semalam gempar apabila mereka telah menjumpai mayat seorang remaja perempuan tertanam kira-kira dua meter di pinggir Hutan Simpan tersebut kawasan Charuk Temingat.

Kejam: Mayat Gadis Dijumpai Tertanam Di Dalam Hutan Simpan Pedu
Kejam: Mayat Gadis Dijumpai Tertanam Di Dalam Hutan Simpan Pedu
Mayat gadis itu ditemui oleh penduduk yang masuk hutan untuk mencari madu kira-kira pukul 7 malam dengan keadaan mayat ditanam secara mengiring.

Mereka percaya ia ada kaitan dengan kes kehilangan dua remaja di daerah tersebut dan daerah Sik yang terjadi sebulan lalu.

Menurut saksi yang tidak mahu dikenali, berkata bapa saudara salah seorang remaja yang dilaporkan hilang itu menemuinya meminta pertolongan untuk menggali kawasan tempat mayat itu ditemui dengan kawalan beberapa anggota polis.

Sebaik sampai di kawasan itu dia mendapati beberapa orang kampung sudah berada di kawasan itu bersama anggota polis sedang melakukan penggalian.

Semasa penggalaian dibuat mereka telah ternampak tangan manusia sebelum memberhentikannya untuk tindakan lanjut pihak polis.

Katanya, berdasarkan pengalamannya dia percaya mayat itu masih baru dan sudah beberapa hari ditanam di kawasan terbabit.

"Saya diberitahu kemungkinan besar mayat yang ditemui itu adalah anak saudara kepada salah seorang lelaki yang turut membantu menggali di lokasi berkenaan.

"Kami hanya menggali sampai nampak lengan dan Bahagian lutut kiri mangsa," katanya.

Pihak polis telah menghantar beberapa anggota dari Unit Forensik dari ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sejak petang kelmarin.

Dalam perkembangan hari ini, pukul 11.30 pagi tadi mayat mangsa masih belum dibawa keluar dari lokasi.

Kejadian ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner, Mohd Nashir yang menyatakan menerima panggila pada pukul 7 petang semalam.

"Beberapa penduduk kampung yang sedang mencari madu menemui satu kawasan seperti baru digali dan ditutup dengan ranting kayu. Lelaki itu curiga bila ternampak seolah kawasan itu baru digali dan terus melaporkannya kepada pihak polis."

"Kita tidak dapat menentukan identiti mangsa setakat ini kerana belum mendapat sebarang maklumat mengenainya. Bagaimanapun berdasarkan maklumat awal kita percaya mangsa adalah seorang perempuan," katanya. - Siakapkeli

Post a Comment

Previous Post Next Post