Bekas Suami Gila Talak Ditahan Kerana Culik & Langgar Bekas Isteri

Bekas Suami Gila Talak Ditahan Kerana Culik & Langgar Bekas Isteri

Seorang lelaki yang dipercayai menculik dan melanggar bekas isterinya ditahan awal pagi tadi di sebuah rumah di sekitar Baling.

Bekas Suami Gila Talak Ditahan Kerana Culik & Langgar Bekas Isteri
Bekas Suami Gila Talak Ditahan Kerana Culik & Langgar Bekas Isteri
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, suspek berusia 53 tahun ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi bagi membantu siasatan.

“Suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Semalam, seorang wanita cedera di bahagian kepala, badan dan kaki selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika cuba melepaskan diri daripada seorang lelaki yang dipercayai bekas suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Khamis lalu, mangsa, Rorniza Fadzil sedang menunggang motosikal di Jalan Bukit Pinang, Alor Setar sebelum sebuah kereta secara tiba-tiba meluru dari arah belakang lalu melanggarnya.



Mangsa kemudiannya ditarik masuk ke dalam kereta suspek dan berlaku pergelutan sebelum mangsa dilanggar sebuah kenderaan lain.

Keadaan mangsa dilaporkan kritikal dan koma itu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Difahamkan, mangsa sering diganggu dan diugut suspek sejak mereka bercerai kira-kira tujuh bulan lalu

Sumber : MyBerita

Post a Comment

Previous Post Next Post