Panas!!.. Awie Risau Anak Tidak Bersekolah Di Bawa Lari Rozana?..

Panas!!.. Awie Risau Anak Tidak Bersekolah Di Bawa Lari Rozana?..

KUALA LUMPUR 27 FEB 2015: Pelakon dan Vokalis kumpulan Wings Awie akui kecewa dan kesal dengan tindakan isterinya membawa lari 2 anak mereka ketika sedang belajar di sekolah.

Panas!!.. Awie Risau Anak Tidak Bersekolah Di Bawa Lari Rozana?..
Panas!!.. Awie Risau Anak Tidak Bersekolah Di Bawa Lari Rozana?..
Awie tidak mengerti mengapa Rozana bertindak demikian kerana sehingga hari ini kedua-dua anak mereka tidak pergi ke sekolah dan menganggap perbuatan itu adalah tidak wajar.

“Dahlah bawa lari seperti merompak , kemudiaanya anak saya tidak dihantar ke sekolah jadi saya kesal dengan perbuatan Rozana itu. Tidak mementingkan masa depan anak-anak hanya fikir diri sendiri sahaja.

“Yuran sekolah yang saya bayar itu agak mahal kerana saya sekolahkan mereka di sekolah swasta, jadi tolonglah fikirkan anak-anak, sehingga kini saya tak dapat bertemu dengan mereka bertanyakan khabar,” kata Awie kepada portal Murai.com.my

Awie yang ditemui wartawan di majlis pelancaran album Wings Live Rockestra @ Istana Budaya dan Aplikasi Telefon Pintar 'Wings Mobile Web' di Istana Budaya turut meragui dengan polis bersenjata yang kononnya membantu membawa lari anaknya.

“Pihak sekolah memaklumkan kepada saya, anggota polis yang membawa lari anak saya itu tidak memakai uniform tetapi bersenjata, di situ ada wujud kemusykilan.

Apa-apa pun saya sudah buat laporan polis mengenai kejadian itu dan saya harap siasatan dapat dijalankan dengan lebih terperinci,” ujarnya.

Dalam pada itu, Awie juga telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah pada 24 Februari lalu berhubung penjagaan sementara anak-anaknya berikutan hak tersebut diperoleh Rozana.

Awie memberitahu keputusan kes berkenaan hanya akan diketahui pada Mei depan.

Sumber - Murai

Post a Comment

Previous Post Next Post