Akibat Hubungan Terlarang, Seorang Gadis Sanggup Larikan Diri Ikut Teman Lelaki

Akibat Hubungan Terlarang, Seorang Gadis Sanggup Larikan Diri Ikut Teman Lelaki

KOTA BHARU - Berita melaporkan kehilangan seorang gadis remaja selepas masuk ke tandas yang tersebar luas di laman sosial akhirnya terjawab apabila gadis itu dipercayai mengikut teman lelakinya bagi mendapatkan kerja di Terengganu.

Akibat Hubungan Terlarang, Seorang Gadis Sanggup Larikan Diri Ikut Teman Lelaki
Akibat Hubungan Terlarang, Seorang Gadis Sanggup Larikan Diri Ikut Teman Lelaki
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian, menurutnya mangsa dilaporkan hilang setelah tidak kembali kepada kakaknya selepas masuk ke tandas.

“Mangsa berusia 18 tahun, bersama kakaknya ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) untuk mengunjungi karnival Pengajian Tinggi yang menawarkan peluang masuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Puas menunggu adiknya yang tidak kembali dan risau dengan keadaan mangsa, kakaknya membuat laporan di balai berdekatan untuk tindakan susulan,” katanya.

Rohaimi berkata, hasil siasatan yang dilakukan, akhirnya kakak gadis terbabit berjaya mengesan adiknya melalui talian telefon yang dipercayai mengikut teman lelakinya setelah dihalang keluarganya untuk mendapatkan pekerjaan dan merancang untuk berkahwin dengan teman lelakinya itu.

“Gadis itu merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Disebabkan keluarganya halang gadis itu menjalinkan hubungan dengan teman lelaki itu, dia akhirnya nekad mengikut lelaki terbabit,” katanya. - Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post