Anjing Gemuk Jadi Kurus Selepas Tinggalkan Pizza & Burger

Anjing Gemuk Jadi Kurus Selepas Tinggalkan Pizza & Burger

Ohio – Seekor anjing yang gemuk kerana suka makan burger dan pizza, berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak lima kilogram daripada 20 kilogram selepas berjaya meninggalkan makanan tersebut.

Anjing Gemuk Jadi Kurus Selepas Tinggalkan Pizza & Burger
Anjing Gemuk Jadi Kurus Selepas Tinggalkan Pizza & Burger
Berat anjing tersebut yang dikenali sebagai Dennis adalah menyamai berat lima ekor anjing lain yang seusia dengannya iaitu enam tahun.

Selepas seorang pelajar kejururawatan, Brooke Burton memeliharanya, dia berjaya mengurangkan berat badan Dennis.

“Saya seperti tidak percaya apabila melihat keadaan Dennis kerana ia amat besar disebabkan saudara mara saya sebelum ini memberinya makan makanan manusia termasuk burger dan pizza,’’ katanya.

Burton kemudiannya memastikan Dennis mengamalkan diet dengan mengambil makanan anjing yang kering selain banyak berjalan.

Kini anjing berkenaan telah kembali ke berat normal dan mampu berlari di belakang rumahnya.

“Dennis mengalami penurunan berat badan yang ketara hinggakan lebihan kulitnya mengalami jangkitan dan anjing ini terpaksa menjalani tiga pembedahan.

Jelas Burton, anjing hanya mahukan perhatian daripada tuannya bukannya makanan. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post