Makin Ramai Artis Wanita Seksi ‘Gile’, Ini Komen Nora Danish..

Makin Ramai Artis Wanita Seksi ‘Gile’, Ini Komen Nora Danish..

KEBELAKANGAN ni, isu artis wanita bergaya seksi semakin menjadi-jadi.Bermula dengan gaya daring Diana Danielle dalam sebuah majalah tempatan diikuti baju seksi dipakai Tasha Shilla, Nabila Huda dan Dynas Mokhtar ketika menjadi tetamu sebuah pertunjukan fesyen;

Makin Ramai Artis Wanita Seksi ‘Gile’, Ini Komen Nora Danish..
Makin Ramai Artis Wanita Seksi ‘Gile’, Ini Komen Nora Danish..
kini gaun terbelah hingga paras peha yang digayakan Sharifah Sakinah dalam sebuah majalah pula jadi perdebatan hebat di kalangan pemerhati hiburan tempatan.

Kebanyakan peminat, mencemuh selebriti-selebriti wanita yang disifatkan bergaya keterlaluan sebagai seorang muslimah.

Baca - Bangga Tayang Perut Tasha Shilla Teruk Dicemuh Netizen

Baca - Gambar Diana Danielle Tampil Seksi Untuk Majalah Esquire Malaysia

Sebagai salah seorang anak seni, Nora Danish terpanggil untuk memberikan komen berkaitan isu terbabit.



Mengakui dirinya pernah ‘terkena’ dengan pihak penerbitan sebuah majalah, Nora menyatakan dia berasa bagai tertipu apabila gambarnya diambil oleh pihak mereka langsung tidak disunting.

Jom kita baca luahan hati Nora seperti yang dipetik menerusi Malaysian Digest ini.

“Saya bermula dalam industri ini menerusi didikan pengarah Aziz M. Osman. Sejak itu saya sudah terbiasa mendengar arahan pengarah dan akan cuba berikan yang terbaik seperti diminta mereka.

“Saya jenis yang tidak pandai membantah dan itu juga cara saya hormat pengarah saya.

“Sama juga jika saya menjalani penggambaran sesi fotografi misalnya untuk menjadi penghias kulit majalah. Saya tidak mahu mengecewakan pihak majalah itu.

“Jadi semasa penggambaran apabila pihak berkenaan meminta kita pakai baju yang mereka sediakan, sewaktu itu memang saya ada beritahu yang saya tidak pakai baju sebegitu.

“Namun, mereka minta juga saya pakai. Bila saya pakai sebagai contoh nampak pula perut, mereka suruh tarik sikit baju itu menutupi perut saya. Hasilnya baju itu nampak tidak cantik pula.

“Insiden saya dikecam dulu, sebenarnya pihak berkenaan beritahu yang mereka akan membuat suntingan pada gambar tersebut tetapi rupa-rupanya mereka beri janji palsu dan ketika itu saya rasa teraniaya.

“Sikit sebanyak sebenarnya saya faham apa yang dirasai oleh rakan artis baru-baru ini bila dikaitkan dengan insiden sama seperti pernah saya lalui,” katanya.



Aksi Nora dalam sebuah majalah yang mencetuskan kontroversi, tiga tahun lalu.
Memang tidak dapat dinafikan seorang selebriti perlu mengikut arahan diatur pihak media yang terlibat, tetapi sebagai seorang individu rasanya tak salah jika menolak sekiranya mereka berasa tidak selesa.

Apa yang penting tepuk dada, tanya diri masing-masing. Kalau penggambaran itu menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita, maka ia tergantung pada sejauh mana kekuatan sendiri dalam memastikan harga diri tidak dipijak orang lain.

- MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post