VIDEO: Ekonomi Dalam Keadaan Tenat, GST Perlu Ditangguhkan - Tengku Razaleigh Hamzah

VIDEO: Ekonomi Dalam Keadaan Tenat, GST Perlu Ditangguhkan - Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di dalam dewan Parlimen hari ini meminta pihak kerajaan Malaysia agar menangguhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana keadaan ekonomi negara yang tenat.

VIDEO: Ekonomi Dalam Keadaan Tenat, GST Perlu Ditangguhkan - Tengku Razaleigh Hamzah
VIDEO: Ekonomi Dalam Keadaan Tenat, GST Perlu Ditangguhkan - Tengku Razaleigh Hamzah
Belaiu berucap demikian ketika menggulung sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan gelaran Ku Li berkata, pelaksanaan GST akan menambah bebanan untuk rakyat yang kini sudahpun dibebani hutang kerana keadaan ekonomi negara yang perlahan.

"Di atas perkiraan inilah saya cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat.

"Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat.

"Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada si pemiutang dan pemegang bon, tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan," katanya.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, kerajaan bertindak tidak adil jika menyalurkan bebanan hutang kepada rakyat tanpa sebarang sebab munasabah.

"Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil.

"Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini," katanya lagi.

Ku Li juga melahirkan kebimbangannya terhadap penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu.

"Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman," katanya.

"Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan," jelas beliau.

Untuk pengetahuan anda, Ku LI merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia (1976-1984) dan Menteri Perdagangan dan Industri (1984-1987).

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank).

Beliau juga merupakan pengasas kepada Petronas (Petroliam Nasional Berhad). Di Petronas, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif oleh Tun Abdul Razak. - Siakapkeli.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post