Video: Kejam!! Warga Emas Diragut Hingga Terseret Atas Jalan

Video: Kejam!! Warga Emas Diragut Hingga Terseret Atas Jalan

KEJAM dan langsung tidak berperikemanusiaan.Seorang warga emas berhadapan dengan situasi paling getir dalam hidupnya apabila diragut hingga menyebabkan dia terjatuh dan terseret beberapa meter atas jalan raya berdekatan sebuah bank di Jalan 20/16A, Petaling Jaya.

Video: Kejam!! Warga Emas Diragut Hingga Terseret Atas Jalan
Video: Kejam!! Warga Emas Diragut Hingga Terseret Atas Jalan
Kejadian yang berlaku pada Rabu lalu ini mengakibatkan mangsa, Seow Wah Yin, 76 menerima rawatan di klinik berhampiran ekoran cedera di dahi, tangan, ibu jari kaki sebelah kanan.

Menerusi satu video yang dirakam secara tidak sengaja, mangsa ketika itu sedang cuba melintas jalan sebelum beg tangannya tiba-tiba diragut oleh dua suspek yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 hingga mengakibatkan Seow jatuh lalu terheret atas jalan raya.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek gagal mendapatkan beg tangan mangsa.

Dalam pada itu, hasil rakaman video berkenaan, pihak polis berjaya memberkas dua suspek berusia 20-an bagi membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post