Video Sami Duduk Dalam Minyak Panas Jadi Viral

Video Sami Duduk Dalam Minyak Panas Jadi Viral

MEMANG menakjubkan!Video seorang sami Buddha di Thailand yang duduk bertapa dalam sekawah minyak panas mencetuskan viral di kalangan pengguna media sosial baru-baru ini.

Video Sami Duduk Dalam Minyak Panas Jadi Viral
Video Sami Duduk Dalam Minyak Panas Jadi Viral

Kehebatannya berendam dalam minyak panas turut mencetuskan sensasi di kalangan penduduk sekitar.

Namun, tak semua terpedaya dengan helah si sami itu yang dikatakan telah mempraktikkan beberapa helah untuk menjayakan persembahannya itu.

Menurut seorang pakar sains, Jessada Denduangboripant dari Universiti Chulalongkorn, tiada sebarang bukti menunjukkan minyak itu dalam keadaan panas dan menggelegak.

“Satu sahaja cara nak tahu sama ada dia duduk dalam minyak yang betul-betul panas atau tidak adalah dengan menyukat suhu kepanasan minyak ketika itu.

“Minyak tidak kelihatan panas dan menggelegak serta kawah itu kelihatan pelik, mungkin terdapat satu lagi lapisan yang mampu menurunkan suhu kepanasan minyak,” katanya.

Ada betulnya jugak, mana mungkin orang biasa mempunyai ‘mukjizat’ sebegitu rupa hingga mampu bertahan tanpa melecur apabila badan dicucuh dengan minyak panas, ini kan pula duduk berendam dalam kawah menggelegak kan!

Mungkin penonton aksi sami tersebut terlalu teruja sampai tak perasan benda-benda rumit macam yang diterangkan oleh pakar sains tersebut.

Apa pun jom tonton video berkaitan. Tapi amaran, jangan tiru aksi ni ya, kang tak pasal-pasal naya je!


- MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post