Suami Kejam!! Dibelasah Kerana Cemburu Melampau, Isteri Buat Laporan Polis

Suami Kejam!! Dibelasah Kerana Cemburu Melampau, Isteri Buat Laporan Polis

Seorang kakitangan kerajaan membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan sikap suaminya sering cemburu buta dan panas baran.

Suami Kejam!! Dibelasah Kerana Cemburu Melampau, Isteri Buat Laporan Polis
Suami Kejam!! Dibelasah Kerana Cemburu Melampau, Isteri Buat Laporan Polis
Menurut pengadu, mereka baharu sahaja berkahwin tahun lepas tetapi perangai suaminya tiba-tiba berubah.

Katanya, mereka sering bergaduh apabila suaminya ternampak dia bercakap dengan rakan sekerja lelaki di tempat kerja malah menuduhnya mempunyai hubungan sulit.

Paling menyedihkan, dia akan dipukul suaminya jika pertengkaran mereka berlarutan.

Pada minggu lepas, pengadu pergi mengikuti satu kursus namun selepas pulang ke rumah suaminya naik hantu dan mendakwa dia berfoya-foya dengan lelaki.

Kali ini pertengkaran mereka semakin teruk, sehingga si suami bertindak mencekik isterinya.

Ibu pengadu yang kebetulan melihat mereka bergelut telah meleraikan mereka.

Pengadu tidak dapat menahan sikap suaminya yang bertindak melampau batas mengambil keputusan untuk membuat laporan polis pagi semalam.

Bertindak atas maklumat, polis telah memanggil suami pengadu yang juga seorang kakitangan kerajaan tampil ke balai untuk diambil keterangan semalam. - UB

Post a Comment

Previous Post Next Post