Panas!!..Jadi ‘Anak Ikan’ Mak Datin, 5 Artis Lelaki Dipantau Polis

Panas!!..Jadi ‘Anak Ikan’ Mak Datin, 5 Artis Lelaki Dipantau Polis

HANYA kerana ingin hidup mewah menggunakan jalan pintas, segelintir selebriti lelaki tegar menjadi ‘anak ikan’ atau lelaki peneman kepada golongan ‘mak datin’ dan VVIP.

Panas!!..Jadi ‘Anak Ikan’ Mak Datin, 5 Artis Lelaki Dipantau Polis
Panas!!..Jadi ‘Anak Ikan’ Mak Datin, 5 Artis Lelaki Dipantau Polis
Lebih menyedihkan, golongan artis terbabit yang dikatakan terlibat dengan gejala ini merupakan mereka yang ‘ada tak ada’ atau suam-suam kuku dalam industri seni tempatan. Alahai…

Dalam laporan Metro Ahad hari ini, sekurang-kurangnya lima selebriti dikatakan berada dalam pemantauan pihak berkuasa ketika ini.

Hasil keringat sebagai ‘anak ikan’, ada antara mereka mampu memandu kenderaan mewah walaupun tidak menerima tawaran secara konsisten dalam bidang nyanyian mahupun lakonan.

Menurut laporan sama, individu terbabit bukan sahaja sudi menjadi peneman golongan VVIP ke pusat hiburan, malah turut menjadi pemuas nafsu dengan bayaran sehingga RM5,000 serta tajaan-tajaan mewah lain.

Memetik kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Roslee Chik, pihaknya kini sedang membuat pemerhatian terhadap beberapa artis tanah air yang dipercayai terlibat dalam isu ini.

“Mereka (artis) jangan ingat kerana populariti boleh terlepas. Saya tegaskan supaya mereka semua bertaubat dan hentikan kerja terkutuk itu.

“Jika tidak, mereka (selebriti) akan diheret ke muka pengadilan.”

Melalui maklumat hasil risikan, kebanyakan individu yang terlibat adalah pendatang baru dalam industri hiburan tempatan.

Inilah yang diumpamakan ‘disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga’. Buat golongan artis yang melakukan aktiviti persundalan ini, baiklah anda cuci tangan sebelum meringkuk dalam penjara.

Kontroversi membabitkan golongan selebriti yang didakwa menjadi ‘peneman’ sememangnya tak pernah putus. Sebelum ini, 10 orang artis wanita dipantau kerana dikatakan menjadi ‘escort girl’.

Nak hidup senang, sanggup mereka gadaikan maruah diri. Kasihannya…

– MYNEWSHUB.CC

Tasha Shilla Perjelas Isu Dikaitkan Sebagai Escort Girl



Post a Comment

Previous Post Next Post