Kisah Sayu Nenek Hidup Sebatang Kara, 'Saya Sudah Tidak Tahan...

Kisah Sayu Nenek Hidup Sebatang Kara, 'Saya Sudah Tidak Tahan...

“Saya sudah tidak tahan dan mahu segera dihantar ke rumah orang tua. Beginilah nasibnya kalau tidak ada anak,” rintih seorang warga emas yang uzur sambil mengharapkan dia dihantar ke rumah orang tua.

Kisah Sayu Nenek Hidup Sebatang Kara, 'Saya Sudah Tidak Tahan...
Kisah Sayu Nenek Hidup Sebatang Kara, 'Saya Sudah Tidak Tahan...
Sapiah Ali, 79, yang tinggal di Kampung Nyior, Paka, di sini, berkata, kesedihannya terasa selepas kematian suami, Tawang Abd Rahman 20 tahun lalu dan sejak itu dia menguruskan dirinya sendirian.

“Suatu masa, saya diserang demam panas sehingga menyebabkan kedua-dua belah kaki menjadi bengkok serta tidak dapat berjalan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Menurutnya, setiap malam dia menitiskan air mata mengenang nasib dirinya yang hidup berseorangan dan kadang-kadang terpaksa merangkak untuk minum air.

“Dua hari lalu, saya tersembam di lantai sehingga mengalami pendarahan di dalam mata dan nasib baik ada orang membantu membawa saya ke klinik,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post