VIDEO: Sanggup Pertaruh Nyawa Sendiri Demi Selamatkan Orang Jatuh Di Landasan

VIDEO: Sanggup Pertaruh Nyawa Sendiri Demi Selamatkan Orang Jatuh Di Landasan

VIDEO memaparkan seorang lelaki tua yang sedang berjalan di sepanjang platform menunggu komuter, tiba-tiba terjatuh di landasan.


Kejadian berlaku Rabu lalu kira-kira jam 7 malam di stesen komuter bawah tanah di pusat bandar Philadelphia.

Namun, nasib lelaki tua itu amat baik apabila seorang lelaki bertindak sebagai ‘hero’ dengan terjun untuk selamatkan nyawa lelaki tua itu.


Syukur kerana kedua-dua mereka selamat naik ke atas platform kembali dengan bantuan orang ramai.

Ternyata masih ada yang berani pertaruh nyawa sendiri untuk kebaikan dan insiden ini membuktikan masyarakat sekarang masih ramai yang punya sikap prihatin.

– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post