Video: Wow!!..Dua Beranak Miliki ‘Lidah Terlebar’ Di Dunia

Video: Wow!!..Dua Beranak Miliki ‘Lidah Terlebar’ Di Dunia

SEORANG bapa dan anak perempuannya yang tinggal di New York, Amerika Syarikat tidak menyangka keunikan saiz lidah yang dimiliki membuatkan mereka menjadi terkenal selepas dinobatkan sebagai pemilik lidah terlebar di dunia.

Video: Wow!!..Dua Beranak Miliki ‘Lidah Terlebar’ Di Dunia
Video: Wow!!..Dua Beranak Miliki ‘Lidah Terlebar’ Di Dunia

Semuanya bermula apabila si bapa, Byron Schlenker, 47 membaca buku mengenai Guinness Book of World Records yang mencatatkan seorang lelaki Australia berjaya memegang rekod lidah terluas dengan ukuran 7.9 cm.

Hal demikian menyebabkan Schlenker tertanya-tanya mengenai saiz sebenar lidahnya.

Dia kemudian mengukur lidahnya dan anak gadis, Emily, 14, seterusnya mencuba nasib menghantar penyertaan kepada organisasi Guinness Book of World Records.

Selepas beberapa bulan, mereka dimaklumkan telah berjaya mencatat rekod baharu dalam kategori Lidah Lelaki dan Perempuan Terlebar Di Dunia.



Menurut Daily Mirror, Byron Schlenker memiliki lidah selebar 8.6 cm di mana ianya melebihi 2cm saiz lebar iPhone 6.

Sementara Emily pula, memiliki lidah selebar 7.3 cm sekaligus dinobatkan sebagai lidah perempuan terlebar di dunia.

– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post