Video - Anak Gajah Pengsan Punca Jalan Sesak Di Hutan

Video - Anak Gajah Pengsan Punca Jalan Sesak Di Hutan

JOHANNESBURG - Lazimnya, pengguna kenderaan di Afrika Selatan akan berhenti jika ada hidupan liar seperti badak, singa atau zirafah melintas jalan raya, namun kali ini punca kepada situasi tersebut agak aneh.

Video - Anak Gajah Pengsan Punca Jalan Sesak Di Hutan
Video - Anak Gajah Pengsan Punca Jalan Sesak Di Hutan
Gara-gara seekor anak gajah tiba-tiba pengsan di tengah jalan, berlaku kesesakan luar biasa di Taman Negara Kruger dekat sini apabila sekumpulan gajah dewasa menghalang lalulintas demi melindungi gajah kecil itu.

Peristiwa luar biasa yang sempat dirakamkan beberapa pemandu itu baru-baru ini bermula apabila sekelompok gajah menyeberangi jalan namun, gajah bayi tersebut rebah secara spontan di tengah laluan berkenaan.



Melihat anggota paling muda itu bermasalah, semua gajah dewasa yang sudah menyeberangi jalan kembali semula ke tengah laluan tersebut bagi membantu gajah kecil itu bangun selain melindungi keselamatan dirinya.

Gajah dewasa turut dilihat cuba menolong anak gajah itu dengan membelai manja menggunakan belalai dan kaki mereka seolah-olah cuba mengejutkan gajah kecil yang pengsan tersebut agar bangun meneruskan perjalanan.

Drama yang menyayat hati pemandu kenderaan di taman negara itu berakhir dengan ceria apabila gajah bayi tersebut tiba-tiba bangun berdiri semula dan kemudian mengikuti kembali rombongannya masuk ke hutan.



Video kejadian pelik ini telah dimuat naik menerusi saluran Kruger Sightings Channel dan turut disebarkan melalui laman perkongsian popular YouTube pada Rabu yang kini sudah ditonton lebih 90,000 kali.

“Amat luar biasa melihat sekawan gajah melindungi dan menolong anak gajah itu sehingga ia bergabung dengan mereka lagi. Mujur pemandu kenderaan berhenti pada jarak selamat,” demikian komen pengguna YouTube.

Setakat ini belum jelas penyebab sebenar kenapa anak gajah tersebut pengsan, namun, nampaknya gajah kecil itu mungkin rebah hanya kerana keletihan berjalan lama atau tersandung kakinya sendiri. – Agensi/H.A.AMREE

Post a Comment

Previous Post Next Post