Cekik Darah! Selepas Kes Bendi, Roti Tisu Pula Dicaj RM11

Cekik Darah! Selepas Kes Bendi, Roti Tisu Pula Dicaj RM11

Andai semalam, sebuah restoran nasi kandar popular cawangan Bukit Jambul, Pulau Pinang dikritik kerana mengenakan caj tak masuk akal iaitu RM20 untuk lima batang bendi, hari ini, kes hampir serupa berulang.

Cekik Darah! Selepas Kes Bendi, Roti Tisu Pula Dicaj RM11
Cekik Darah! Selepas Kes Bendi, Roti Tisu Pula Dicaj RM11
Kali ini, ia dikatakan berlaku membabitkan restoran sama cawangan Petaling Jaya apabila sekeping roti tisu dicaj pada harga RM11! Memang betul-betul cekik darah.



Berdasarkan bukti resit yang tersebar di media sosial, sememangnya tuduhan yang dikemukakan si pengadu berasas kerana harga yang tertera sememangnya RM11.

TERDAHULU : Bendi Rm20 kpdnkk Minta Penjelasan

Selain itu, kedua-dua kejadian tersebut berlaku pada tarikh yang sama iaitu 23 Mac lalu.

Kita tunggu dan lihat apa jawapan si pemilik restoran terhadap kes ini pula. Takkanlah empunya diri nak menggunakan alasan sama iaitu kesilapan teknikal, kan?

Apa-apapun, seandainya kes tersebut benar-benar berlaku, pihak berkuasa patut mengambil tindakan tegas terhadap pemilik restoran nasi kandar berkenaan.

Nak mencari untungpun, biarlah ia setara dengan jualan yang dibeli, kan?

– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post