Kemalangan ngeri, tiga maut tercampak, dua tersepit di Kilometer 2 Jalan Juasseh-Bahau

Kemalangan ngeri, tiga maut tercampak, dua tersepit di Kilometer 2 Jalan Juasseh-Bahau

Bahau: Tiga lelaki maut, dua wanita parah dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Juasseh-Bahau, berhampiran Kampung Ulu Jempol di sini, pagi tadi.

Kemalangan ngeri, tiga maut tercampak, dua tersepit di Kilometer 2 Jalan Juasseh-Bahau
Kemalangan ngeri, tiga maut tercampak, dua tersepit di Kilometer 2 Jalan Juasseh-Bahau
Dalam kejadian 4.30 pagi itu, kereta dinaiki lima mangsa berusia 30-an dalam perjalanan dari arah Juasseh ke Bahau terbabas dan terbalik.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Pegawai Bomba Kanan II A Gonaselan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.34 pagi sebelum sebuah jentera dan tujuh anggota bomba ke tempat kejadian.

Katanya, tiga mangsa masing-masing dua lelaki dan seorang wanita tercampak keluar manakala dua lagi mangsa tersepit dalam kereta.

Katanya, mayat tiga mangsa dihantar ke Hospital Jempol dekat sini, untuk dibedah siasat manakala dua yang parah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk dirawat.

Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post