Ngeri!!..Lelaki ditetak sekumpulan motosikal, dilanggar hingga mati di Puchong

Ngeri!!..Lelaki ditetak sekumpulan motosikal, dilanggar hingga mati di Puchong

Subang Jaya: Seorang lelaki berusia 30 tahun bukan saja ditetak sekumpulan lelaki yang menunggang motosikal malah dilanggar dengan kereta sehingga mati di Jalan Perdana 3/4, Puchong Perdana, di sini, malam tadi.

Ngeri!!..Lelaki ditetak sekumpulan motosikal, dilanggar hingga mati di Puchong
Ngeri!!..Lelaki ditetak sekumpulan motosikal, dilanggar hingga mati di Puchong 
Dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Subramaniam dipercayai datang ke tempat kejadian untuk membeli ubat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa ditetak oleh enam lelaki yang menunggang motosikal.

Katanya, selepas ditetak, mangsa cuba melarikan diri, tetapi dilanggar oleh kereta berwarna putih.

“Polis masih menyiasat sama ada kereta yang melanggar mangsa daripada kumpulan yang sama tetapi setakat ini tiada laporan yang diterima daripada pemilik kereta yang melanggar mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,”katanya.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif kejadian ini dan siasatan awal mendapati mangsa pernah dipenjara selama lima tahun dan bebas dari penjara hujung tahun lalu.

Sementara itu, tunang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jessie, 25, berkata, dia menerima panggilan daripada rakan tunangnya yang memaklumkan kejadian berkenaan pada 8.40 malam tadi.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia tidak dapat mengenal pasti mayat tunangnya berikutan kecederaan serius di muka mangsa.

“Bagaimanapun, berdasarkan selipar dan motosikal, saya percaya itu adalah tunang saya,” katanya. – Harian Metro


Post a Comment

Previous Post Next Post