Suri rumah terkejut terima 38 saman walaupun kereta telah lupus

Suri rumah terkejut terima 38 saman walaupun kereta telah lupus

IPOH: Seorang suri rumah, Sit Poh Yee, 41, terkejut besar apabila menerima sebanyak 38 saman termasuk lima kesalahan trafik walaupun keretanya telah lupuskan sejak 2 Mac 2006 lalu.

Suri rumah terkejut terima 38 saman walaupun kereta telah lupus
Suri rumah terkejut terima 38 saman walaupun kereta telah lupus
Sit yang tinggal di Bandar Baru Menglembu berkata, dia amat hairan bagaimana masih lagi menerima saman-saman itu sedangkan keretanya jenis Proton Wira AEX 3233 yang terbabit dalam satu kemalangan telah dilupuskan pada 2 Mac 2006.

Menurut Sit, saman pertama beliau terima bertarikh 26 April 2010 dan yang terakhir pada 7 Mac 2015.

“Saya mahu JPJ siasat perkara ini kerana bimbang ini kegiatan klon kereta oleh pihak tertentu, saya mahu tindakan segera diambil oleh pihak JPJ.”

Sit berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pengaduan di Pejabat Pusat Khidmat dan Pengaduan MCA Perak di Ipoh pada Jumaat.

Menurut beliau, 33 lagi saman yang diterimanya berupa saman bagi kesalahan meletak kereta yang dihantar oleh Pihak Majlis Perbandaran Seremban.

Tambah Sit, selepas kemalangan itu kenderaannya telah dihantar ke sebuah bengkel kereta dan beliau juga telah menerima pampasan sebanyak RM30,000 dari syarikat insuran AIA.

Sementara itu Pengerusi Biro Perkhidmatan Dan Pengaduan MCA Perak, Jimmy Loh Thim Kheun berharap pihak yang menggunakan kereta berkenaan supaya menghubungi Biro Khidmat dan Pengaduan MCA Perak atau JPJ bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi suri rumah itu.

“JPJ perlu segera membuat siasatan untuk kejadian ini. Jadi saya pun harap pemandu AEX 3233 ada nampak surat khabar ke atau di media-media mana sila hubungi kita di MCA Negeri Perak bagi menyelesaikan masalah ini,” kata Jimmy

Post a Comment

Previous Post Next Post