‘Culik Diri Sendiri’ Kerana Malu, Gaji Isteri Lebih Besar

‘Culik Diri Sendiri’ Kerana Malu, Gaji Isteri Lebih Besar

MEXICO – Hanya kerana malu isterinya berpendapatan lebih tinggi daripadanya, seorang lelaki, Eliot Garrido Guido, telah merancang penculikan dirinya sendiri dan meminta wang tebusan sebanyak RM1,600.

‘Culik Diri Sendiri’ Kerana Malu, Gaji Isteri Lebih Besar
‘Culik Diri Sendiri’ Kerana Malu, Gaji Isteri Lebih Besar
Namun penipuan berkenaan berjaya dikesan oleh isterinya yang menghidu sesuatu yang mencurigakan dan kemudian membuat laporan polis.

Penipuan itu bermula apabila Guido, dengan bantuan kawannya Carlos Amilcar Martinez Reyes, 42, telah merancang penculikan berkenaan dengan mengirim gambar Guido diikat tangan.

Salah satu gambar berkenaan menunjukkan Guido dalam keadaan berdarah dan satu lagi gambar menunjukkan beg plastik disarungkan ke mukanya.

Gambar tersebut kemudiannya dimuat naik dalam Facebook Guido dengan tulisan bahawa Guido telah dipindahkan ke kawasan lain yang terletak kira-kira 900 batu dari tempat mereka tinggal.

Menurut isterinya, apabila dia melihat mesej dan gambar berkenaan dalam Facebook tersebut, dia menjadi amat terkejut.

“Mereka menuntut RM1,600 dan menyatakan bahawa suami saya disiksa. Jika saya gagal membuat bayaran itu, mereka akan membunuhnya.

“Saya amat bimbang dan apabila saya menghubungi penculik itu, mereka meminta supaya saya meninggalkan wang berkenaan di satu kediaman di Mexico City.

“Saya bertanya kepada mereka, jika mereka sudah memindahkan suami saya ke Playa del Carmen, kenapa pula saya perlu menghantar duit berkenaan ke Mexico City, namun mereka tetap berkeras dan mahu saya mengikut arahan mereka,’’ katanya.

Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis dan selepas siasatan, polis mendapati mesej itu dihantar di satu tempat yang terletak tidak jauh dari situ.

Kedua-duanya berjaya ditangkap dan mereka kini berdepan hukuman penjara lima tahun.

– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post