Filem Raya Pendek Ini Pasti Buat Anda Nangis..!

Filem Raya Pendek Ini Pasti Buat Anda Nangis..!

APABILA Ramadan menjelma, saluran televisyen di negara kita akan dipenuhi dengan iklan-iklan tentang kemuliaan bulan tersebut, begitu juga saat menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Filem Raya Pendek Ini Pasti Buat Anda Nangis..!
Filem Raya Pendek Ini Pasti Buat Anda Nangis..!
Sebahagian yang dipaparkan mampu menggeletek hati penonton, manakala sebahagian lagi bisa meruntun jiwa, namun pastinya ia mengimbas memori indah ketika musim perayaan, kan?

Tentunya ramai yang masih ingat dengan barisan iklan komersil Petronas hasil arahan Allahyarham Yasmin Ahmad dan iklan syarikat lain seperti TNB, Telekom dan Media Prima, kan?

Terbaharu, sebuah filem pendek yang diterbitkan oleh PTS Media Group bersempena hari raya mula mencuri perhatian warga Internet, apatah lagi ia ditunjangi pelakon cilik berbakat, Putri Balqis.

Filem pendek berjudul Kad Raya Syafiqa itu diarahkan oleh Khairul Azwan dan berkisarkan kehidupan seorang murid bernama Syafiqa dan gurunya, Cikgu Hayati.

Jujurnya, usai menonton filem pendek berdurasi 11:12 saat ini, anda pasti akan mengalirkan air mata.

Bukan sekadar keberkesanan lakonan yang dibawa oleh adik Putri Balqis, namun temanya yang begitu sinonim dengan hari raya amat menyentuh hati, lebih-lebih lagi buat individu yang tidak dapat pulang ke kampung.

Tahniah buat adik Putri Balqis dan produksi Kad Raya Syafiqa! Buat yang hendak menonton, baik sediakan tisu siap-siap. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post