'Kalau Abang Mati, Ayang Jangan Kahwin Lain sebab nanti tak jumpa kat syurga.'

'Kalau Abang Mati, Ayang Jangan Kahwin Lain sebab nanti tak jumpa kat syurga.'

KUALA KUBU BHARU - “Kalau abang mati, ayang jangan kahwin lain sebab nanti tak jumpa kat sana (syurga).”

'Kalau Abang Mati, Ayang Jangan Kahwin Lain sebab nanti tak jumpa kat syurga.'
'Kalau Abang Mati, Ayang Jangan Kahwin Lain sebab nanti tak jumpa kat syurga.'
Itulah kata-kata yang selalu diucapkan oleh Yusrizal Mohammed Yusoff pada isterinya sebelum terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 408.6, Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Kuala Lumpur berhampiran dengan Lembah Beringin, pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi itu, Yusrizal, 39, maut setelah lori yang dipandunya merempuh belakang lori kontena.

Isteri mangsa, Rohayati Hidzir, 31, berkata, kata-kata itu seringkali diucapkan oleh arwah suaminya. Namun dia hanya menganggap itu cuma usikan si suami.

“Arwah kerap ulang ayat itu, tetapi saya anggap itu gurauan. Bila saya tanya kenapa cakap begitu, arwah memberitahu kalau saya kahwin lain, tidak dapatlah berjumpa di syurga nanti,” katanya.

Menurut Rohayati, baju Melayu berwarna biru yang telah siap ditempah untuk menyambut Syawal, kini hanya tinggal menjadi kenangan.

Arwah Yusrizal menempah baju Melayu lebih awal, tetapi pakaian baru untuk Rohayati dan anak perempuan mereka, Nur Syafiqah Irdina, 4, akan dibeli apabila hampir Syawal nanti.

“Baju raya untuk kami dia mahu beli kemudian, tetapi kini baju Melayu itu menjadi kenangan buat saya,” katanya.

Jenazah Yusrizal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam, Teluk Intan, Perak, pada petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, kemalangan itu berpunca apabila mangsa gagal mengawal lori sebelum merempuh belakang lori kontena yang membawa muatan komponen komputer.

Mangsa yang memandu lori pasir, tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala serta badan.

Impak dari kemalangan itu juga turut menyebabkan lori kontena terbakar namun api berjaya dikawal oleh pasukan bomba yang tiba di lokasi kemalangan. - THEHYPEMEDIA.COM





















Post a Comment

Previous Post Next Post