Padah! Pasangan Suami Isteri Dera Anak Perempuan 5 Tahun Ditahan Reman 4 Hari

Padah! Pasangan Suami Isteri Dera Anak Perempuan 5 Tahun Ditahan Reman 4 Hari

Pasir Mas: Sepasang suami isteri yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini telah berjaya ditahan oleh pihak polis.

Padah! Pasangan Suami Isteri Dera Anak Perempuan 5 Tahun Ditahan Reman 4 Hari
Padah! Pasangan Suami Isteri Dera Anak Perempuan 5 Tahun Ditahan Reman 4 Hari
Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini yang merupakan bapa dan ibu tiri kepada kanak-kanak malang berkenaan berusia 39 dan 25 tahun telah berjaya ditahan di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.

BACA: Tak Berhati Perut Patah Tulang Belakang Dibelasah Mak Tiri

Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Pasir Mas, Rashid Mustapa telah mengeluarkan perintah tahanan reman kepada mereka selama 4 hari bermula khamis.

Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak ini telah didera oleh ibu tirinya selepas sehingga patah tulang belakang, kurus kering dan terdapat parut dan luka seluruh badan selepas di ambil oleh ibu kandungnya di rumah bapa kanak-kanak tersebut di Rantau Panjang.- Siakapkeli.my

Post a Comment

Previous Post Next Post