Pelakon Filem Laskar Pelangi Murtad & Percaya Kristian Sejak 6 Tahun Lalu

Pelakon Filem Laskar Pelangi Murtad & Percaya Kristian Sejak 6 Tahun Lalu

Siapa pernah tengok filem Laskar Pelangi? Filem dari negara seberang tersebut mampu menarik minat ramai kerana jalan ceritanya yang penuh keinsafan dan juga penuh unsur-unsur keagamaan.

Pelakon Filem Laskar Pelangi Murtad & Percaya Kristian Sejak 6 Tahun Lalu
Pelakon Filem Laskar Pelangi Murtad & Percaya Kristian Sejak 6 Tahun Lalu
Malangnya, pelakon lelaki didalam filem berkenaan diberitakan kini telah murtad dan masuk ke agama Kristian selepas berkahwin dengan seorang wanita dari agama tersebut.

Watak Ikal ketika dewasa dalam filem itu dibawa aktor Lukman Sardi, anak kepada legenda biola Indonesia, Idris Sardi.

Selepas tiada berita besar mengenainya beberapa ketika, kini Lukman membuat kenyataan yang menggemparkan apabila dia mengumumkan menukar agama daripada Islam kepada Kristian.

Berita itu diketahui umum selepas satu video mengenai pengakuan Lukman dimuat naik di YouTube beberapa hari lalu. Melalui video berdurasi 15 minit 11 saat itu, Lukman mengakui bertukar agama.

Berita itu mengejutkan kerana sebelum ini Lukman, 43, sering digambarkan seorang Muslim yang warak melalui pelbagai filem dilakoninya.

Selain Laskar Pelangi, filem Sang Pencerah lebih ketara menonjolkan watak Lukman sebagai seorang Muslim yang baik. Antara filem lain yang pernah dibintangi Lukman ialah Merah Putih dan Soekarno.

Menurut Lukman dia sebenarnya mula mempercayai Kristian kira-kira enam tahun lalu. "Saya memutuskan untuk jadi orang percaya...bukan semudah saya pindah dari Muslim ke Kristian.. tapi lebih dari itu,"

Pengakuan Lukman itu telah dimuat naik ke Youtube oleh pemilik akaun bernama Ikka LyFrans Mei lalu. Lukman juga menjelaskan, pertukaran agama itu bukan disebabkan tekanan daripada siapa dan bukan juga kerana kecantikan isterinya, Pricillia Pullunggono.

Post a Comment

Previous Post Next Post