Video: Aksi Terlajak ‘Ekstrem’ Pelajar Perempuan Bergaduh

Video: Aksi Terlajak ‘Ekstrem’ Pelajar Perempuan Bergaduh

SEKARANG ini kalau nak gaduh sudah tidak kira masa, jantina, umur. Semuanya mahu berlagak bagaikan samseng jalanan.

Video: Aksi Terlajak ‘Ekstrem’ Pelajar Perempuan Bergaduh
Video: Aksi Terlajak ‘Ekstrem’ Pelajar Perempuan Bergaduh
Malah, bukan sesuatu yang pelik untuk kita menyaksikan video pelajar perempuan bergaduh sesama sendiri.

Terbaharu, sebuah rakaman video berdurasi 2.30 saat yang membabitkan sekumpulan pelajar perempuan tersebar di media sosial.

Video tersebut dipercayai dirakam oleh seorang pelajar lelaki secara curi-curi di sebuah taman permainan menerusi telefon bimbitnya.

Apa yang menjadi punca pergaduhan ini tidak dapat kami pastikan.

Namun, tindakan ‘ekstrem’ seorang pelajar perempuan lain melakukan aksi serangan dengan menendang, menumbuk, menarik rambut, menghempap badan pelajar itu dan bermacam-macam lagi ini langsung tidak boleh terima dek akal.

Peliknya, pergaduhan bagaikan ‘wrestling’ turut menerima sorakan daripada pelajar-pelajar perempuan lain yang seolah-olah ‘berpesta’ meraikan pergaduhan itu.

Bagaimanapun, pergaduhan kembali reda atas bantuan orang awam yang lalu lalang di kawasan berkenaan.

Penyebaran rakaman video tersebut sekali gus mengundang kemarahan pengguna media sosial yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post