Video Bahaya Escalator Tiba-Tiba Patah Balik Ke Belakang Di Pusat Membeli Belah Jadi Viral

Video Bahaya Escalator Tiba-Tiba Patah Balik Ke Belakang Di Pusat Membeli Belah Jadi Viral

LEBIH daripada 20 pengunjung sebuah pusat membeli-belah di Lembah Klang melalui detik menakutkan apabila eskalator yang dinaiki mereka berpatah balik ke belakang.

Video Bahaya Escalator Tiba-Tiba Patah Balik Ke Belakang Di Pusat Membeli Belah Jadi Viral
Video Bahaya Escalator Tiba-Tiba Patah Balik Ke Belakang Di Pusat Membeli Belah Jadi Viral
Video berdurasi 1 minit 47 saat yang diperoleh menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan mereka saling terjatuh di antara satu sama lain sehingga mencetuskan kekecohan di pusat membeli-belah itu baru-baru ini.

Setakat ini video berkenaan sudah ditonton lebih 62,000 kali serta mendapat 700 likes dan 1,600 shares daripada pengguna Facebook.

Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat kecederaan di kalangan pengunjung namun ramai netizen menyatakan pendapat agar pengunjung malang terlibat menyaman shopping mall berikutan insiden itu.

Punca kejadian dikatakan berpunca daripada lebihan muatan dalam satu-satu masa sehingga menyebabkan eskalator gagal berfungsi dengan baik. – MYNEWSHUB.CC Nama pusat membeli belah berkenaan ada dalam komen page-page Facebook yang share video ni, cuma kami tak nak mention dulu selagi tiada berita rasmi.

Yang nyata, perkara sebegini sangat membahayakan. Tonton la video tu sendiri. Ada kanak-kanak dan ibu mengandung. Tak dapat bayangkan kalau da sampai atas tiba-tiba escalator tu baru reverse. Sure ramai yang jatuh.

Post a Comment

Previous Post Next Post