VIDEO: Pasangan Islam Nikah Ala Kristian, Sah Ke Perkahwinan?

VIDEO: Pasangan Islam Nikah Ala Kristian, Sah Ke Perkahwinan?

Semua tahu, dalam pernikahan pasangan Islam, rukun yang menjadi tunjang untuk mengesahkan ikatan tersebut adalah pasangan lelaki dan perempuan, wali, dua orang saksi lelaki serta ijab dan qabul.

VIDEO: Pasangan Islam Nikah Ala Kristian, Sah Ke Perkahwinan?
VIDEO: Pasangan Islam Nikah Ala Kristian, Sah Ke Perkahwinan?
Namun ,lain pula yang dilakukan oleh satu pasangan Melayu yang bernikah di Australia ini.

Melalui satu video yang mula tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu, ia menjadi subjek kritikan ramai kerana lafaz yang diucapkan oleh pengantin dikatakan menyerupai satu upacara dalam perkahwinan penganut Kristian.


Rasa kurang senang dikongsi ramai pihak setelah video berdurasi 1 minit 18 saat itu memaparkan lafaz hampir sama seperti yang dilakukan oleh pasangan Kristian yang disatukan paderi melalui ‘vow exchange‘.

“I, Megat Saharizal bin Zulkifli take you Nur Hidayat binti Shafie to be my wife to have and to hold in sickness and health for richer or for poorer and I promise my love to you forevermore.”

Itu antara ayat yang muncul dari mulut pengantin lelaki saat video tersebut dirakam.

Namun demikian, kritikan yang dihujani netizen kemudiannya dijawab oleh beberapa individu yang berada di lokasi pernikahan ketika itu.

Seorang pengguna, Sharul Khalid memuat naik gambar sebelum kedua-dua mempelai sah bergelar suami isteri yang mana mereka melakukan ijab dan qabul seperti diwajibkan Islam.



Selain itu, seorang ahli keluarga, Siti Khairunisha Kamarudin menceritakan situasi yang berlaku ketika kejadian yang mana selepas pernikahan, lafaz tersebut diminta dilakukan oleh kadi kerana ia merupakan sebahagian prosedur di sana.

Lantas itu, wanita berkenaan menafikan tuduhan liar pengguna bahawa pasangan pengantin dan ahli keluarganya mengamalkan ajaran Syiah.



Dalam pada itu, kadi yang ditugaskan untuk menyatukan pasangan berkenaan juga tampil memberikan penjelasan tentang tujuan melafazkan ucapan tersebut.

Nah, anda bacalah sendiri tulisan yang dinyatakan oleh Muhammed Edwars.




Nampaknya, pencerahan yang dilakukan oleh individu-individu berkenaan diharapkan dapat menjernihkan kembali persepsi pengguna di laman sosial terhadap video berkenaan.

Pasangan pengantin hanya menjalankan peraturan yang sudah termaktub di Australia, jadi biarlah ia menjadi urusan antara mereka dan Maha Pencipta.

– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post