Jangan malukan keluarga saya. Kalau mak saya tahu perkara ini mesti dia malu - Abam Bocey Kesal DiFitnah

Jangan malukan keluarga saya. Kalau mak saya tahu perkara ini mesti dia malu - Abam Bocey Kesal DiFitnah

ENTAH dimana silapnya, nama pelakon Abam Bocey tiba-tiba hangat diperkatakan gara-gara foto lelaki berbadan besar sedang bercumbu dengan seorang wanita yang tersebar dikhabarkan adalah dirinya.

Jangan malukan keluarga saya. Kalau mak saya tahu perkara ini mesti dia malu - Abam Bocey Kesal DiFitnah
Jangan malukan keluarga saya. Kalau mak saya tahu perkara ini mesti dia malu - Abam Bocey Kesal DiFitnah
Bercakap kepada mStar Online, Abam menafikan perkara tersebut dan menegaskan individu di dalam foto tersebut bukan dirinya.

Menurut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, itu adalah satu fitnah jahat yang sengaja ditimbulkan oleh sebuah blog yang tidak bertanggungjawab.

“Orang buat cerita ni… Saya tak tahu apa tujuan mereka (blog) berbuat demikian. Kenapa perlu fitnah? Saya terkilan apabila dikaitkan dengan cerita dongeng ala-ala sinetron seperti ini. Sudah tentu saya lagi gemuk daripada lelaki dalam foto berkenaan.

“Jangan malukan keluarga saya. Kalau mak saya tahu perkara ini mesti dia malu.

“Berhentilah menulis benda yang tidak elok dan boleh mengaibkan orang. Fitnah seperti ini boleh merosakkan silaturrahim.

“Walaupun bukan saya di dalam foto itu, tolonglah jaga sensitiviti orang lain. Mengaibkan orang adalah perkara yang tidak elok,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Abam mendedahkan dia kini sedang mengenali hati budi seseorang sejak setahun lalu namun enggan mendedahkan gerangan gadis teristimewa tersebut.

– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post