‘Anak Derhaka’ Tinggal Nota Dakwa Keluarga Banyak Hutang

‘Anak Derhaka’ Tinggal Nota Dakwa Keluarga Banyak Hutang

SUSULAN insiden seorang wanita tua dirakam telah dilempang dan didera oleh anak perempuannya sendiri, jiran-jiran sekeliling flat mendakwa ianya adalah kejadian yang kerap kali berlaku.

‘Anak Derhaka’ Tinggal Nota Dakwa Keluarga Banyak Hutang
‘Anak Derhaka’ Tinggal Nota Dakwa Keluarga Banyak Hutang
Kejadian dirakam oleh pengguna Facebook ApohTeckyNumero yang menjadi viral pada Isnin itu, membawa kepada tindakan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura yang segera datang membawa warga emas terbabit ke hospital untuk pemeriksaan manakala anak perempuannya disoal siasat.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu pada pagi Selasa, tinjauan wartawan The Straits Times mendapati unit flat yang terletak di Lower Delta Road itu kelihatan berkunci dan terdapat sekeping nota dilekatkan pada pintunya tertulis:

“Bapa saya, Khamis ada hutang banyak orang dan telah melarikan diri. Saya dan mak Kamisah tak tinggal sini. Kami tinggal rumah kawan. Mak saya Kamisah jugak ada hutang orang & jiran saya. Siti pun ada hutang orang & jiran”

Nota itu memaklumkan si bapa banyak berhutang dengan orang dan sudah melarikan diri manakala Siti dan ibunya, Kamisah juga tidak lagi tinggal di situ dan menumpang di rumah kawan. Siti turut mengakui dia dan ibunya juga banyak berhutang.

Menurut jiran sebelah rumah mereka, D.V. Singh,39, Siti dan Kamisah masih tinggal di rumah itu namun tidak lagi pulang sejak malam Isnin lalu selepas Kamisah dibawa pergi menaiki ambulan.

Singh berkata, Siti dan keluarganya pindah menetap di flat itu dua tahun lalu dan telah meminjam kira-kira 5,000 dolar daripadanya.

Dia juga biasa mendengar keluarga itu bertekak pada waktu malam dan terdapat bunyi objek dihentak ke dinding.

Seorang lagi jiran Jacquelin Low,48, memberitahu dia biasa melihat Siti menampar ibunya hingga dua kali seminggu di koridor rumah mereka.

“Si ibu biasanya menyapu atau membersihkan lantai sebelum anaknya yang berdiri di sebelah tiba-tiba menjerit lalu menampar warga emas tersebut,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post