Cemburu: Ketua juruaudit maut dibelasah suami, mengesyaki isteri menjalin hubungan dengan lelaki lain..

Cemburu: Ketua juruaudit maut dibelasah suami, mengesyaki isteri menjalin hubungan dengan lelaki lain..

PETALING JAYA: Seorang wanita ditemui maut di rumahnya selepas dipercayai dipukul oleh suaminya yang mengalami masalah mental di Taman Tun Dr Ismail di sini, pada Isnin.

Cemburu: Ketua juruaudit maut dibelasah suami, mengesyaki isteri menjalin hubungan dengan lelaki lain..
Cemburu: Ketua juruaudit maut dibelasah suami, mengesyaki isteri menjalin hubungan dengan lelaki lain..
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor, berkata mangsa Suraiza Hamzah, 46, dijumpai terbaring di ruang tamu rumah oleh anak lelakinya berusia 17 tahun pada pukul 7.30 malam.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati sebelum itu, pasangan suami isteri itu telah bergaduh akibat cemburu apabila suami mangsa berusia 47 tahun itu mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Suspek yang tidak bekerja dan dipercayai mempunyai masalah mental telah dilaporkan menghentak kepala isterinya dengan sebuah objek tumpul dalam kejadian itu, katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata mangsa bekerja sebagai seorang juruaudit di salah sebuah syarikat penerbangan tambang murah.

Menurutnya, suspek ditahan oleh anggota ronda balai polis Taman Tun Dr Ismail setengah jam kemudian selepas menerima maklumat daripada ibu saudara anak mangsa.

Shahrul Othman berkata anak pasangan itu sebaik menemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri telah memaklumkan kepada ibu saudaranya untuk menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.

“Mayat mangsa telah di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. - NMalaysian

Post a Comment

Previous Post Next Post