MASYALLAH ! Pencuri Tabung Masjid Terlena Di Sebelah Tabung Yang Dicuri

MASYALLAH ! Pencuri Tabung Masjid Terlena Di Sebelah Tabung Yang Dicuri

Jasin: Seorang lelaki berusia 30-an ditahan jemaah masjid apabila ditemui tertidur di tepi tabung Masjid Ubaidullah, Jasin, Melaka, selepas memecah salah satu tabung dalam masjid berkenaan awal pagi tadi.

MASYALLAH ! Pencuri Tabung Masjid Terlena Di Sebelah Tabung Yang Dicuri
MASYALLAH ! Pencuri Tabung Masjid Terlena Di Sebelah Tabung Yang Dicuri
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1 hingga 5 pagi itu disedari jemaah masjid yang datang untuk menunaikan solat subuh kira-kira jam 5.30 pagi.

Difahamkan, suspek terbaring di sebelah tabung masjid yang terletak di ruang solat wanita, dengan sebatang pemutar skru di tangan.

Begitupun, kira-kira RM6,000 hasil sumbangan orang ramai ketika solat sunat Aidilfitri dan Jumaat sudah dipungut ahli jawatankuasa masjid dan hanya RM20 hingga RM30 saja yang ditinggal dalam tabung di masjid itu.

Suspek dipercayai memecah masuk pintu ruangan solat wanita dengan mengumpilnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kes itu disiasat Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Post a Comment

Previous Post Next Post