Jangan Cuba Memperbodohkan Rakyat - Sultan Johor

Jangan Cuba Memperbodohkan Rakyat - Sultan Johor

SHAH ALAM - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah kepada pihak kerajaan agar tidak memperbodohkan rakyat dengan memberikan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menyembunyikan situasi yang sebenar.

Jangan Cuba Memperbodohkan Rakyat - Sultan Johor
Jangan Cuba Memperbodohkan Rakyat - Sultan Johor
"Rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima. Janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar," titah Sultan Ibrahim yang dikeluarkan oleh laman Facebook Johor Southern Tigers.

"Suasana politik dan ekonomi negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil pada masa ini merupakan isu utama yang perlu ditangani oleh kerajaan dengan segera," titahnya lagi.

Meskipun kedudukan bagina sebagai Sultan yang menghalang baginda mencampuri urusan politik, tetapi baginda juga bertanggungjawab untuk memastikan suasana kehidupan rakyat di negeri Johor berada dalam keadaan baik, maju dan makmur.

"Saya mengesa pihak kerajaan yang memerintah supaya segera menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini, antaranya mengenai kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk.

"Suka saya ingatkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan janganlah mengutamakan kepentingan peribadi. Selesaikanlah masalah-masalah yang timbul dengan segera," tegas baginda.

Post a Comment

Previous Post Next Post