Masyarakat Orang Asli Turut Pertikai Derma RM2.6 Billion Yang Najib Terima Itu..

Masyarakat Orang Asli Turut Pertikai Derma RM2.6 Billion Yang Najib Terima Itu..

Kontroversi derma RM2.6 bilion dan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan telah menjejaskan kepercayaan masyarakat Orang Asli kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Masyarakat Orang Asli Turut Pertikai 'Derma RM2.6 Billion' Yang Najib Terima Itu..
Masyarakat Orang Asli Turut Pertikai 'Derma RM2.6 Billion' Yang Najib Terima Itu.. 
Naib Presiden Jaringan Orang Asli SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon berkata, masyarakat Orang Asli berpendapat dana politik yang dikatakan sumbangan derma daripada pemimpin negara Arab itu tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

“Seharusnya duit derma itu mesti dimasukkan ke dalam akaun organisasi atau parti dan bukan kepada individu. “Sekiranya orang lain yang berbuat demikian. Bukankah ia akan menjadi isu besar?,” katanya kepada FMT di Ibu Pejabat JOAS.

Yusri yang juga Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOP) berkata, kerajaan BN juga perlu mengubah dasar kerana dasar sedia ada tidak lagi selari dan menepati kehendak masyarakat Orang Asli.

Dia mengingatkan kerajaan bahawa pengundi Orang Asli sedia berpaling tadah dan mengundi pembangkang pada pilihan raya akan datang jika kerajaan gagal mengubah dasar itu.

“Cara Kerajaan BN tadbir negara dengan dasar-dasar yang dilaksanakan dilihat tidak sesuai lagi dengan masyarakat Orang Asli.

“Bagi saya Orang Asli akan menyokong pembangkang dan kebanyakkan mereka lebih cenderung untuk menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP jika diberi pilihan.

“Ini kerana kerajaan yang diperintah pembangkang seperti di Selangor dan Pulau Pinang lebih baik berbanding Kerajaan BN,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post