Sekolah di JOHOR cuti jerebu lagi esok 30.9.2015

Sekolah di JOHOR cuti jerebu lagi esok 30.9.2015

Semua sekolah di negeri Johor akan ditutup esok, (Rabu 30.9.2015) akibat masalah jerebu dan kualiti udara di negeri itu masih belum pulih dengan bacaan IPU berada pada tahap tidak sihat (101 – 200)

Sekolah di JOHOR cuti jerebu lagi esok 30.9.2015
Sekolah di JOHOR cuti jerebu lagi esok 30.9.2015
Manakala semua sekolah di negeri Melaka hendaklah dibuka seperti biasa pada 30 September 2015 memandangkan keadaan jerebu di negeri berkenaan dikatakan telah beransur baik

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu siaran media pada petang Selasa 29 September 2015

Menurut KPM, lanjutan cuti atau sekolah di tutup sehari lagi pada Rabu 30 September 2015 di negeri Johor selepas mengambil kira pemantauan berterusan menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara IPU dan mendapati keadaan berjerebu masih tidak banyak berubah

Berikutan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Johor perlu ditutup pada 30 September 2015 (Rabu)

Oleh yang demikian, Jabatan Pendidikan Daerah hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan ini dengan segera

KENYATAAN MEDIA KPM SEKOLAH DI JOHOR DITUTUP PADA 30 SEPTEMBER 2015



Sumber: mysumber.com

Post a Comment

Previous Post Next Post