Tuduhan Tengku Amer Shah Tukar Agama Wakil Diraja Selangor Buat Laporan Polis

Tuduhan Tengku Amer Shah Tukar Agama Wakil Diraja Selangor Buat Laporan Polis

Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil ADC Raja Muda Selangor untuk menafikan sekeras-kerasnya status facebook yang dibuat oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik baru-baru ini.

Tuduhan Tengku Amer Shah Tukar Agama Wakil Diraja Selangor Buat Laporan Polis
Tuduhan Tengku Amer Shah Tukar Agama Wakil Diraja Selangor Buat Laporan Polis

Menerusi status itu, beliau telah memuat naik status yang mengatakan Putera Sultan Selangor, Tengku Amir Shah telah menukar Agama Islam kepada Katolik.

Menerusi laporan polis yang dibuat pada 25 September lalu pada jam 1.02 petang turut menyatakan status itu tiada asasnya dan tidak benar sama sekali dan menimbulkan fitnah.

Pihak polis juga digesa siasat kes tersebut dan diambil tindakan dengan segera agar perkara seperti ini tidak berulang.

Bagaimanapun, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik telah memohon maaf kepada institusi Diraja Selangor menerusi laman twitter.



Namun menerusi status maaf itu, beliau juga meminta pihak istana menafikan statusnya yang telah dibuat di Facebook miliknya sekiranya ia tidak benar.

Artikel Disiarkan Pada Isnin, 28 September 2015

Sumber: Murai

Post a Comment

Previous Post Next Post