Video: Lelaki GILA Langgar Kekasih Bekas Isteri Sampai Mati

Video: Lelaki GILA Langgar Kekasih Bekas Isteri Sampai Mati

GILA! Itulah gelaran yang sesuai untuk diberikan kepada seorang lelaki ini selepas bertindak kejam melanggar pasangan kekasih di hadapan sebuah balai polis di China.

Video: Lelaki GILA Langgar Kekasih Bekas Isteri Sampai Mati
Video: Lelaki GILA Langgar Kekasih Bekas Isteri Sampai Mati
Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) di situ, lelaki dikenali sebagai Zhang itu bertindak melanggar mangsa yang juga bekas isterinya, Qin bersama kekasihnya, Min, sejurus mereka keluar dari teksi yang dinaiki.

Zhang yang memandu kereta berwarna hitam tersebut telah mengheret kekasih jandanya itu sehingga mati sebelum dia kemudian turun dan menendang pula kedua-dua mangsa.

Bagaimanapun, Qin terselamat daripada serangan mengejut itu, namun teman lelakinya, Min mati sejurus bantuan pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian berkenaan.

Meskipun insiden terbabit berlaku di luar kawasan balai polis, pengawal keselamatan serta orang awam yang berada di situ dilihat takut dan tidak mahu untuk campur tangan dalam urusan Zhang.

Punca kejadian ngeri itu masih lagi disiasat namun sumber menyatakan ia mungkin disebabkan daripada isu perasaan cemburu antara mereka. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post