"Inilah Peniaga Kurang Ajar Menangguk Di Air Keruh"

"Inilah Peniaga Kurang Ajar Menangguk Di Air Keruh"

Sudah lama juga saya tidak masuk ke Kuala Lumpur pada waktu pagi di hari kerja. Hari ini saya keluar awal dari rumah, 6.20 pagi untuk mengadili pertandingan memasak peringat nasional.

"Inilah Peniaga Kurang Ajar Menangguk Di Air Keruh"
"Inilah Peniaga Kurang Ajar Menangguk Di Air Keruh"
Untuk masuk ke pusat bandar, pagi-pagi begini kebiasaannya saya akan melalui lebuh raya NKVE-DUKE dan menyusur keluar melalui Jalan Semarak (Jalan alternatif saya) untuk menuju ke Jalan Raja Laut.


Bila menyusur keluar dari DUKE dan ke Jalan Semarak ini, saya harus membuat pusingan U. Di sinilah saya bertembung dengan peniaga kurang ajar ini.

Dia hanya menjual kopi pekat melekat dengan sandwich. Itu saja jualannya. Saya kagum dengan gaya perniagaan yang dilakukannya. Di pusingan U ini setiap kereta akan mengambil sekurang-kurangnya hampir lima minit untuk melepasi pusingan ini.

Peniaga ini benar-benar menangguk di air keruh, kurang ajar betul. Berpakaian seperti di bistro atau warung kopi mewah berbekalkan banting menunjukkan gambar secawan kopi kawa pekat melekatt dengan harganya RM2.00 tanpa GST!

Di pagi buta macam ini tentu akan membuka mata anda. Ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli bekalan sarapan pantas sebelum masuk kerja.

Kepada sahabat-sahabat yang melalui jalan ini, apa lagi? Tapau dan belasah peniaga kurang ajar ini. Biar lidah anda melikat dengan kopi pekatnya. - Johari Edrus

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post