KISAH SEDIH PILU Dato Seri Vida Berkongsi Cerita Dua Anak Terkorban Dalam Kebakaran

KISAH SEDIH PILU Dato Seri Vida Berkongsi Cerita Dua Anak Terkorban Dalam Kebakaran

Kisah sedih pilu yang dikongsi oleh Dato Seri Vida,  dalam tragedi 2 anak terkorban dalam kebakaran. Dato Seri Vida mengimbas semula insiden menyayat hati pada 2013 apabila 2 orang cahaya matanya terkorban dalam kebakaran di rumahnya di Ipoh.


Kisah Sedih Pilu Dato' Seri Vida Berkonsi Cerita Dua Anak Terkorban Dalam Kebakaran
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ibu mana yang boleh melupakan kisah tragis itu. Selami luahan perasaan dan kisah benar di sebalik tragedi tersebut yang dikongsikan oleh Dato Seri Vida di laman Instagramnya.



Saya berada di Pulau Pinang untuk lawatan cawangan. Dan panggilan telefon yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila itu masih terngiang-ngiang di telinga:

“Dato’, Dato’… rumah Dato’ terbakar!” “Rumah yang mana?” Tanya saya.

“Rumah di Meru Hill, Dato’. Kereta Bentley Dato’ meletup.” Saya terkejut namun segera menjawab, tidak mengapa, apa boleh buat, jika kereta ditakdirkan terbakar, saya perlu reda.

“Tapi anak Dato’ ada di dalam rumah!” Maha Besar Allah!


Rumah teres dua tingkat itu terletak di Taman Meru, saya sediakan sebagai kemudahan asrama untuk kakitangan Vida Beauty. Dua jam kereta kami memecut, melesat dari Pulau Pinang turun ke Ipoh.


Kami tiba jam 11.30 malam. Allah! Hati saya luluh melihat rumah tempat kami berlindung, rumah tempat tersimpannya sebegitu banyak kenangan kami sekeluarga, rentung dan hangus. Berpuing-puing.


Dan hati saya berseru, inilah rupa-rupanya geruh yang mahu terjadi setelah 36 hari saya menjadi manusia yang tidak keruan, hati merusuh dan asap… ya, asap di Mekah!

Ternyata inilah jawapannya untuk peristiwa kepulan asap bermata yang saya lihat di Mekah. Inilah rupa-rupanya berita sedih yang Tuhan ingin berikan kepada saya...

Post a Comment

Previous Post Next Post