RESPON MEMERANJATKAN Calips Buskers Bila Haji Nabil Buat Permohonan Maaf Secara Live di Meletop!

RESPON MEMERANJATKAN Calips Buskers Bila Haji Nabil Buat Permohonan Maaf Secara Live di Meletop!

Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat meminta orang ramai agar tidak mengambil serius gurauan pengacara Nabil Ahmad yang mempersendakan kecacatan kumpulannya pada episod pertama program Gegar Vaganza 2 lalu.

RESPON MEMERANJATKAN Calips Buskers Bila Haji Nabil Buat Permohonan Maaf Secara Live di Meletop!
RESPON MEMERANJATKAN Calips Buskers Bila Haji Nabil Buat Permohonan Maaf Secara Live di Meletop!
Azmi menyifatkan Nabil seorang yang lucu serta menghiburkan dan dia mahupun anggotanya tidak pernah terasa dengan kata-kata pelawak itu meskipun gurauan Nabil itu kasar.



“Jujurnya, sedikit pun kami tak terasa dengan gurauan Nabil itu. Kami mengikuti program itu dan lawak dia memang menghiburkan.

“Apatah lagi setiap minggu kami berjumpa dengan Nabil di program Meletop dan kami sangat mengenali dia yang suka bergurau secara kasar.

“Ahli-ahli Caliph Buskers lain pun seronok dengan gurauan dia kerana kebanyakan orang melayan kami terlalu baik disebabkan kekurangan kami,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Azmi berkata dia faham apabila masyarakat marah dengan tindakan Nabil itu, namun orang ramai juga perlu tahu bahawa golongan orang kurang upaya (OKU) juga manusia biasa yang suka bergurau senda.

“Memang dari dulu lagi masyarakat begitu prihatin terhadap sensitiviti golongan OKU. Kami bersyukur dengan perkara itu.

“Tetapi kalau anda semua nak tahu, kami lebih suka jika kami dilayan seperti orang biasa. Kami suka bergurau, malah lebih kasar daripada Nabil lagi. Hahaha..” ujarnya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post