Video Pertengkaran : Lelaki Warga UK Mengaku Tidak Bersalah

Video Pertengkaran : Lelaki Warga UK Mengaku Tidak Bersalah

KAJANG, 27 Oktober: Lelaki warganegara United Kingdom yang mana videonya bertengkar dengan seorang warga tempatan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan yang dikenakan keatasnya.

Video Pertengkaran : Lelaki Warga UK Mengaku Tidak Bersalah
Video Pertengkaran : Lelaki Warga UK Mengaku Tidak Bersalah
Lelaki tersebut, Mc Gruer Kenneth George, 40, seorang pengarah di sebuah syarikat Agensi Pekerjaan didakwa atas kesalahan membuat ugutan jenayah dan menakutkan secara jenayah.



Majistret Aina Azahra Ariffin kemudian memutuskan Mc Gruer diikat jamin RM500 bagi setiap dakwaan yang dikenakan. Atas pertimbangan, majistret tidak mengarahkan pasport lelaki berkenaan dirampas.

Sebutan semulakan ditetapkan pada 4 Disember depan.

Pada 25 Oktober lalu, satu video seorang penunggang motosikal dan warga tempatan bertengkar menjadi viral di media sosial.

Difahamkan pertengkaran mula berlaku setelah motosikal lelaki warga UK dan kereta lelaki warga tempatan itu hampir bergesel di sebuah lebuhraya disini.

Post a Comment

Previous Post Next Post