"YA ALLAH Kenapalah MBI Buat Camni, Aku Berniaga Bukannya Mencuri" - Mangsa KEZALIMAN MBI

"YA ALLAH Kenapalah MBI Buat Camni, Aku Berniaga Bukannya Mencuri" - Mangsa KEZALIMAN MBI

"YA ALLAH Kenapalah MBI Buat Camni, Aku Berniaga Bukannya Mencuri" - Mangsa KEZALIMAN MBI

"YA ALLAH Kenapalah MBI Buat Camni, Aku Berniaga Bukannya Mencuri" - Mangsa KEZALIMAN MBI
"YA ALLAH Kenapalah MBI Buat Camni, Aku Berniaga Bukannya Mencuri" - Mangsa KEZALIMAN MBI
Nasib malang peniaga jalanan
Memory Lane, Lokin, Ipo
8.30 pagi 25 Oktober 2015



Jam 8.30 pagi, Penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) datang merampas barang perniagaan aku.

Aku cakap “Tolong jangan rampas, aku boleh kemas,”.

Tetapi mereka dengan rakus merampas, menyentap barang-barang perniagaan aku masuk ke dalam lori.

Aku merayu-rayu lagi tanpa menghiraukan orang di sekeliling memerhati supaya jangan dirampas barang-barang niaga dan aku cuba menyakinkan mereka yang aku boleh kemas semua ini.

Namun mereka dengan kasarnya terus menyentap barang yang dipegang di tangan sebelum sempat aku meletakkan dalam kereta.

Semasa berlakunya babak pergelutan itu, aku ternampak anggota MBI merakam gambar dan video aku. Apa ke halnya buat macam itu? Seronok ke tengok orang dalam kesusahan?

Di atas nasihat rakan yang pernah mengalami nasib yang sama, aku pergi ke pejabat MBI untuk mengambil barang-barang yang dirampas. Namun aku dimaklumkan perlu membayar denda sebanyak RM250 terlebih dahulu atau jika disertakan dengan rayuan, denda akan dikurangkan kepada RM180.

Terkebil-kebil mata aku mendengar jumlah itu. Berniaga pun susah nak dapat RM100, MBI pula nak suruh aku bayar sebanyak itu?

Yang membuatkan aku lebih menderita, cermin mata aku hilang semasa pergelutan itu. Sudahlah aku rabun jauh, nak buat cermin mata baru kos pula beratus ringgit.

Ya Allah, kenapalah MBI buat macam ini? Aku bukannya mencuri, aku berniaga nak mencari rezeki. Aku nak bagi anak bini aku makan sedap-sedap. Aku nak bagi anak aku susu dan diapers yang terbaik. Aku nak bagi mak aku makan, aku nak belanja bapa aku makan satay.

Hello brader, barang-barang ini kalau aku boleh cari di Mydin Manjoi ke, Tesco ke, atau kedai Rajen takpe. Korang ambillah, ambil, ambil, tak mengapa. Tetapi barang ini semua aku beli. Aku korbankan masa dan tenaga aku cari satu Ipoh. Korang ada fikir pasal itu? Tak ada kan? Sebab korang sudah selesa dengan hidup korang sekarang. Life began at the end of your comfort zone. Ingat tu brader.

Aku kalau nak apply lesen pun belum tentu dapat sebab permohonan nak buka tapak setebal buku telefon melainkan kau ada cable besar di MBI itu.

Bila aku berniaga tak ada lesen, MBI rampas? Kalau aku orang kaya, aku tak berniaga buat benda-benda ini. Habis aku nak buat apa sekarang ni? – Mohd Ariff Said

SUMBER

Sumber: vivamerah

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post