Polis NAFI adanya kes cubaan PERKOSA dan pukul remaja perempuan

Polis NAFI adanya kes cubaan PERKOSA dan pukul remaja perempuan

Polis hari ini menafikan adanya kes cubaan rogol serta pukul ke atas seorang remaja perempuan di Jalan Mawar Biru, Pasir Gudang, dekat sini Khamis lalu.

Polis NAFI adanya kes cubaan PERKOSA dan pukul remaja perempuan
Polis NAFI adanya kes cubaan PERKOSA dan pukul remaja perempuan
Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata kes yang dikatakan rogol dan samun itu ialah kes mangsa dicederakan warga asing.


Baru-baru ini orang awam digemparkan dengan beberapa keping gambar seorang remaja didakwa dirogol dan dipukul beberapa orang warga asing yang tersebar luas di Facebook.

Abdul Samad yang mengesahkan kejadian berkata, tiada sebarang perlakuan cabul atau cubaan rogol atau samun daripada suspek terhadap mangsa yang berusia 21 tahun itu sebaliknya suspek mencederakan mangsa.

Melalui satu kenyataan di sini, beliau berkata bapa mangsa yang tampil membuat laporan polis berhubung kejadian pada kira-kira pukul 10 malam, memberitahu anaknya ditolak dan terjatuh ke dalam longkang yang kemudian dipijak beberapa kali sebelum beredar.

Abdul Samad berkata mangsa yang sedang berjalan kaki pulang selepas selesai bekerja, tiba-tiba telah ditolak dari arah belakang oleh suspek, seorang lelaki dipercayai warga asing.

"Mangsa cedera di belakang kepala, bibir selain bengkak pada bahagian dahi dan muka akibat terjatuh dan dipijak ke dalam longkang sedalam dua meter itu, dirawat di sebuah hospital swasta dan dibenarkan keluar Sabtu lalu," katanya.

Beliau berkata pihaknya kini giat memburu suspek serta menyiasat kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. -sumber


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post