Sayu : Angkara perkerja Asing .. gadis ini cerita detik ngeri dan kisah sebenar berlaku kepada nya (4Gambar)

Sayu : Angkara perkerja Asing .. gadis ini cerita detik ngeri dan kisah sebenar berlaku kepada nya (4Gambar)

Sayu : Angkara perkerja Asing .. gadis ini cerita detik ngeri dan kisah sebenar berlaku kepada nya (4Gambar)

Sayu : Angkara perkerja Asing .. gadis ini cerita detik ngeri dan kisah sebenar berlaku kepada nya (4Gambar)
Sayu : Angkara perkerja Asing .. gadis ini cerita detik ngeri dan kisah sebenar berlaku kepada nya (4Gambar)
Seorang gadis telah mengalami detik ngeri dalam kejadian berlaku pada 19/11/2015 jam lebih kurang 10.00 malam semasa mangsa seorang diri berjalan kaki selepas selesai kerja di tempat kerjanya untuk menghala balik ke rumah di Taman Mawar, Pasir Gudang dan apabila sampai di Jalan Mawar Biru, Pasir Gudang, mangsa tiba-tiba telah ditolak dari arah belakang oleh suspek seorang lelaki yang tidak dikenali yang dipercayai warga asing tetapi tidak dapat mengesahkannya secara jelas daripada negara mana.



Akibat tolakan tersebut menyebabkan mangsa telah terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan dan suspek telah memijak mangsa beberapa kali sebelum beredar. Mangsa mendapat kecederaan luka di belakang kepala (13 jahitan), luka di bahagian bibir mulut (4 jahitan), luka bahagian kening kiri (7 jahitan), lebam-lebam dan bengkak di bahagian dahi dan muka akibat terjatuh dan dipijak mengenai bahagian longkang sedalam lebih kurang 2 meter. Mangsa dirawat di Hospital KPJ Pasir Gudang sejurus kejadian dan dibenarkan keluar pada 21/11/2015 jam lebih kurang 2.00 petang.





Berikut Laporan Media dari Pihak Berkuasa mengenai apa yang menimpa gadis ini apabila ianya telah menjadi Viral di Media Sosial.
Terkini
¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Polis Daerah Seri Alam
K E N Y A T A A N
M E D I A

Ketua Polis Daerah Seri Alam
Bertarikh : 25 November 2015

Pengesahan dan maklumbalas polis berkaitan satu maklumat mengenai kes cubaan rogol dan pukul ke atas mangsa seorang perempuan di Pasir Gudang yang telah viral di media sosial.

1. Kejadian yang menjadi viral di laman-laman sosial tersebut adalah bersabit laporan polis bertarikh 20/11/2015 yang dibuat oleh pengadu 1(L) Melayu berumur 45 tahun merupakan bapa kepada mangsa iaitu 1(P) Melayu berumur 21 tahun.

2. Walau bagaimanapun, terdapat fakta kejadian yang menjadi viral tersebut adalah tidak benar berdasarkan siasatan polis dan kenyataan daripada mangsa sendiri khasnya dakwaan cubaan rogol dan suspek seramai (3) orang atau sekumpulan suspek yang dikatakan seolah-olah mengesahkan suspek adalah merupakan warganegara asing tertentu.

3. Hasil siasatan polis dan berdasarkan kenyataan oleh bapa dan mangsa sendiri, kejadian berlaku pada 19/11/2015 jam lebih kurang 10.00 malam semasa mangsa seorang diri berjalan kaki selepas selesai kerja di tempat kerjanya untuk menghala balik ke rumah di Taman Mawar, Pasir Gudang dan apabila sampai di Jalan Mawar Biru, Pasir Gudang, mangsa tiba-tiba telah ditolak dari arah belakang oleh suspek seorang lelaki yang tidak dikenali yang dipercayai warga asing tetapi tidak dapat mengesahkannya secara jelas daripada negara mana. Akibat tolakan tersebut menyebabkan mangsa telah terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan dan suspek telah memijak mangsa beberapa kali sebelum beredar. Mangsa mendapat kecederaan luka di belakang kepala (13 jahitan), luka di bahagian bibir mulut (4 jahitan), luka bahagian kening kiri (7 jahitan), lebam-lebam dan bengkak di bahagian dahi dan muka akibat terjatuh dan dipijak mengenai bahagian longkang sedalam lebih kurang 2 meter. Mangsa dirawat di Hospital KPJ Pasir Gudang sejurus kejadian dan dibenarkan keluar pada 21/11/2015 jam lebih kurang 2.00 petang.

4. Tiada sebarang perlakuan cabul atau cubaan rogol atau samun daripada suspek terhadap mangsa.

5. Siasatan polis mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut untuk mengenal pasti dan mengesan/tangkap suspek yang terlibat sedang giat dijalankan. Motif kejadian juga belum diperolehi. Sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

6. Polis menasihati orang awam yang tidak mengetahui detail kejadian sebenar yang berlaku agar tidak mengambil kesempatan untuk menulis sebarang tulisan berkaitan kejadian dan kemudiannya dihebahkan melalui laman-laman sosial yang seterusnya menjadi viral di mana menggambarkan seolah-olah keseluruhan ceritanya adalah benar. Keadaan ini akan menimbulkan kebencian kepada pihak-pihak tertentu khasnya warganegara asing yang disebut sebagai suspek terlibat sedangkan ianya masih belum boleh disahkan dan perbuatan ini juga boleh mengganggu siasatan polis. Pihak-pihak yang berkenaan yang dilihat seolah-olah mempunyai detail maklumat kejadian sepatutnya tampil memberikan keterangan kepada pihak polis bagi membantu siasatan dan bukannya membuat cerita dan menjadi viral di laman-laman sosial.

7. Sehubungan dengan kejadian ini juga, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat dalam kejadian tersebut agar dapat tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana Balai Polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Seri Alam di talian 07-3864222.
Terima kasih.

SUPT ABDUL SAMAD BIN SALLEH
Ketua Polis Daerah Seri Alam.
Semoga gadis ini cepat sembuh dan penjenayah itu dapat di tangkap.Credit Geng Johor

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post