"Star Wars: The Force Awakens" Cecah AS$1 Bilion Selepas 12 Hari

"Star Wars: The Force Awakens" Cecah AS$1 Bilion Selepas 12 Hari

Filem paling dinanti-nantikan tahun ini, ‘Star Wars: The Force Awakens’, berjaya mencecah kutipan lebih AS$1 bilion (RM4.3 bilion) hanya dalam masa 12 hari ditayangkan.

"Star Wars: The Force Awakens" Cecah AS$1 Bilion Selepas 12 Hari
"Star Wars: The Force Awakens" Cecah AS$1 Bilion Selepas 12 Hari
Ia sekali gus menjadikannya filem terpantas melepasi jumlah itu dalam sejarah perfileman.


Di Amerika Syarikat sahaja, filem arahan J.J Abrams itu berjaya mengutip AS$544.5 juta (RM2.3 bilion).

Setakat ini, ia filem kelima mencatat kutipan tertinggi di Amerika Syarikat, namun kedudukan itu dijangka berubah kerana tarikh tayangan yang masih panjang.

#StarWars becomes the fastest movie to pass $1 billion at the box office globally https://t.co/bOaOq4USP4

— Wall Street Journal (@WSJ) December 27, 2015

'#StarWars: The Force Awakens' sets $1 billion box office record in 12 days https://t.co/pE6ia4urk9 pic.twitter.com/I8MxKOmahT

— Newsweek (@Newsweek) December 27, 2015

Filem ketujuh dalam saga Star Wars itu, buat masa ini, masih belum ditayangkan di China. Ia dijangka menemui penonton negara itu pada 9 Januari depan dan kutipannya dijangka terus meningkat memandangkan China merupakan negara kedua dalam senarai pasaran filem terbesar dunia.

Sebelum ini, rekod terpantas kutipan filem yang mencecah angka AS$1 bilion ialah ‘Jurassic World’ yang mencapai angka tersebut selepas 13 hari ditayangkan.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post