Suka, duka, isu & kontroversi dunia hiburan tanah air 2015

Suka, duka, isu & kontroversi dunia hiburan tanah air 2015

Suka, duka, isu & kontroversi dunia hiburan tanah air 2015

Suka, duka, isu & kontroversi dunia hiburan tanah air 2015
Suka, duka, isu & kontroversi dunia hiburan tanah air 2015
ESOK kita semua akan melangkah ke tahun baru, tahun 2016. Dan tahun 2015 banyak meninggalkan kenangan kepada kita semua. Begitu juga pada dunia hiburan tanah air, yang merakam pelbagai kisah suka duka, isu juga kontroversi yang mencuri tumpuan sekaligus bualan hangat ramai.
Januari




1. Nama bekas vokalis Zamani menjadi bualan hangat selepas dia ditangkap akibat kes penyalahgunaan dadah. Malah, kisahnya semakin diperkatakan ramai selepas timbul isu video yang memuatkan rakaman dia dipaksa menyanyi sewaktu ditahan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

2. Kecoh! Penyanyi Aweera yang meluahkan rasa kecewa dan terkejut dengan kenyataan komposer dan ketua kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim. Aweera mendakwa dirinya disingkirkan daripada kumpulan itu sekaligus tidak turut serta di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29).





3. Pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat, 41, menyifatkan cara aktor Hairul Azreen melamar pelakon dan pengacara Hanis Zalikha pada Ahad lalu bertentangan dengan nilai Islam dan budaya masyarakat Melayu. Hairul Azreen, 27, dan Hanis Zalikha, 25 selamat diijabkabul pada 5 Jun 2015. Hanis kini sedang hamil empat bulan.

4. Pelakon dan penyanyi yang semakin mencipta nama, Daiyan Trisha tidak mahu bersikap hipokrit bagaimanapun gadis berusia 22 tahun ini mengambil langkah tidak terlalu mendedahkan kepada umum mengenai perihal peribadinya di laman sosial seperti di Instagram demi menjaga nama keluarga juga hati peminat ciliknya.



Februari

1. Penyanyi hip hop, Joe Flizzow, 37, tidak berkecil terhadap kenyataan penulis lagu dan komposer, Malique Ibrahim yang menyatakan dia tidak berminat untuk kembali bersatu sebagai Too Phat.

2. Pelakon cilik Puteri Balqis, 7, dikecam ekoran memuat naik sekeping foto memperlihatkan gaya tangannya yang yang kebiasaannya dikaitkan dengan simbol ‘Rock’ ataupun simbol ‘I Love You’.

3. Penyanyi Tomok menimang cahaya mata kedua pada 27 Februari lalu. Tomok mendirikan rumah tangga dengan Rahayu Abbas pada pada 1 Julai 2011 dan dikurniakan anak sulung, Arrianshah Akid yang kini berusia tiga tahun.







4. Pelakon Emma Maembong memohon maaf kepada pengarah Mamat Khalid juga seluruh kru produksi filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh (Werewolf) serta rakan media kerana ketidakhadiran dirinya pada malam tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan di e@Curve, Damansara.



Mac

1. Susulan mengundang spekulasi ramai ekoran satu foto yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya beberapa minggu lalu, yang mana foto tersebut menunjukkan seolah dia memakai tudung, terbaharu selebriti kontroversi, Lindsay Lohan mencetuskan satu lagi tanda tanya kepada peminatnya apabila bintang filem Mean Girls ini memuat naik satu foto petikan ayat Al-Quran.







2. Aksi-aksi ‘posing maut’ yang dilakukan isteri pelakon Farid Kamil mendapat reaksi dan komen-komen negatif peminat yang menyifatkan Diana yang sudah bergelar ibu dan isteri tidak wajar bergaya seperti itu.

3. Personaliti media sosial dan ikon fesyen popular Wak Doyok menyangkal dakwaan dirinya gila seks gara-gara memberikan komen berbaur lucah di laman sosial Instagram pelakon dan penyanyi Kilafairy.

4. Selain kisah hijab, kehadiran aktor Indonesia, Baim Wong yang dikatakan sebagai ‘kekasih’ Elfira Loy turut serta meraikan majlis sambutan hari lahirnya bersama kelab peminat Elfiralovatics pada Mac lalu, menarik perhatian ramai.






5. Penyanyi remaja popular Indonesia, Tegar, mendedahkan kepada media Malaysia bahwa dirinya mengalami gangguan seksual daripada bekas pengurusnya, Mohammad Arif Dollah, 30, sekitar November hingga Januari lalu.

6. Hanya kerana tidak memakai cincin kahwin, timbul pelbagai spekulasi dan tanda tanya tentang rumah tangganya. Menepis khabar angin tersebut yang tersebar itu, penyanyi Alyah menjelaskan isu tersebut tidak mengugat kebahagian rumah tangganya yang dibina bersama pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

7. Ketika seluruh rakyat Johor masih lagi bergembira meraikan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang diadakan awal minggu ini, timbul pula satu isu panas yang mengaitkan nama pengarah terkenal, Erma Fatima, 47.



April



1. Selebriti dan model sensasi, Felixia Yeap atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap kurang senang dengan beberapa komen segelintir peminat ekoran sekeping foto yang dikongsi di laman Facebook miliknya.

2. Pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak tidak ambil pusing kritikan sesetengah pihak yang kurang senang dengan aksi dia dan isterinya pelakon Ozlynn bercium di khalayak sejurus namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Paling Popular.

3. “Terkilan,” itu jawapan ringkas pelakon Farid Kamil ketika diminta mengulas mengenai aksi isterinya pelakon Diana Danielle bercoli yang mencetuskan kontroversi sekitar awal Mac lalu.

4. Pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak Limah, Azwan Annuar telah kembali ke rahmatullah pada 18 April lalu akibat sakit belakang.

5. Isu simbol salib gereja di Taman Medan yang yang mencetuskan pertikaian baru-baru ini turut mendapat perhatian selebriti juga aktivis Wardina Safiyyah yang sedia dikenali sebagai seorang yang berani dan lantang meluahkan pandangan mengenai sesuatu perkara atau isu semasa.



6. Kisah perhubungan cinta penyanyi Akim dan Stacy sentiasa menjadi perhatian umum. Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah, 25,telah memeluk Islamnya pada 24 Ogos lalu. Dan pasangan ini telah bertunang pada pada September lalu. Akim dan Stacy bakal melangsungkan perkahwinan pada Februari 2016.



Mei

1. Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna sebenarnya pernah mencuba nasib menghantar lagunya ke produksi Hollywood untuk dimuatkan sebagai lagu runut bunyi filem Fast & Furious 7 bagaimanapun lagunya tidak tepilih untuk dijadikan runut bunyi filem tersebut.

2. Isteri pelakon Fahrin Ahmad iaitu Elena Hani Elias mengakui tidak pernah mengikuti perkembangan kerjaya mahupun mengambil tahu mengenai populariti suaminya itu meskipun mereka sudah berkenalan sejak 17 tahun lalu, sewaktu menuntut di Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.



3. Peminat hiburan tanah air menerima berita gembira dengan ikatan perkahwinan pelakon seksi, Lana Nordin dengan atlit bola tampar pasukan AS di peringkat Olimpik David @ Mohammad Daud McKenzie. Pasangan ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

4. Ada babak membayangkan seolah-olah aktres, Nur Fathia Abdul Latiff tanpa seurat benang dalam filem terbaharu berjudul Darah Panas arahan Arjin Uppal.

5. Berpeluang berada di pentas peragaan di Festival Fesyen Islamik (IFF) di Cannes, Perancis pada 22 Mei lalu merupakan satu pengalaman berharga buat penyanyi tersohor Ziana Zain.



Jun



1. Ramai yang suka melihat telatah dan wajah comel anak perempuan kesayangan pasangan selebriti Che Ta bersama Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini sudah mula berjinak-jinak terjun dalam dunia lakonan.

2. Penyanyi Arab yang semakin menjadi sebutan ramai sejak kebelakangan ini, Humood AlKhudher, 26, tidak menyangka video rakaman aksinya di dalam kereta dan sedang menyanyikan lagu popularnya berjudul Kun Anta menjadi viral di Internet.

3. Selepas reda isu perceraian sepasang suami isteri yang mengaitkan namanya, tiba-tiba Mia Ahmad kembali menjadi bualan hangat pengguna laman media sosial. Lebih memeranjatkan heroin drama Hati Perempuan ini dikaitkan pula dengan konrtroversi kes tangkap khalwat terhadap seorang wanita.

4. Pengguna laman sosial Twitter gempar dengan foto didakwa selebriti popular Korea iaitu salah seorangnya mirip anggota kumpulan 2AM, Jinwoon lengkap berpakaian baju melayu dan bersongkok dan kelihatan berada di sebuah masjid di Brunei Darussalam.

5. Kecoh! Aktres Tasha Shilla tetap terpalit dengan kontroversi mengenai isu gambar separuh bogel yang didakwa mirip wajah yang tersebar di internet.


Julai



1. Nama Puteri Balqis panas lagi gara-gara beberapa keping gambarnya berbikini tersebar di laman sosial.

2. Selebriti Datuk Aznil Nawawi memuji sikap yang ditonjolkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tenang dan tidak berdendam walaupun digugurkan dari Kabinet.

3. Gempar! Pelawak Abam (Bocey) terpalit dengan kontroversi gara-gara sekeping foto yang tersebar di internet menunjukkan seorang lelaki berbadan besar didakwa mirip dirinya sedang bercumbuan dengan seorang wanita.
Ogos

1. Aktres Sharifah Sakinah bercumbu dengan suaminya pula hangat diperkatakan. Tindakan pelakon drama Girlfriend Dari Neraka itu dikecam sesetengah peminatnya kerana mempamerkan gambar tersebut yang disifatkan kurang manis untuk tatapan umum.

2. Kehadiran Awal Ashaari bersama Scha Al-Yahya ke sebuah majlis fesyen bukan saja mendapat perhatian malah telah mencetuskan isu panas apabila ada peminat yang menegur pengaraca tersebut kerana membiarkan isterinya berpakaian seksi.

3. Dengan sekali lafaz, bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 38, akhirnya selamat bergelar isteri kepada seorang duda, Mohd Faizal Zakaria, 41. Abby dan Faizal dinikahkan di Masjid As-Sobirin, AU5 Keramat, Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu.

4. Satu laporan polis yang didakwa dibuat oleh Han Wong iaitu bekas teman lelaki Tasha Shilla telah tersebar yang mendedahkan pelakon wanita itu telah menyerang pemuda berkenaan di sebuah kelab.



September

1. Kecoh! Mengenai aktres jelita dan duta kemanusiaan, Angelina Jolie kononnya melawat sebuah perkampungan di Sarawak, tersebar di media sosial.



2. Selepas kecoh insiden dia menampar bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Hans, di sebuah kelab malam baru-baru ini, pelakon kontroversi Tasha Shilla bikin panas lagi apabila berpakaian cukup menjolok mata hingga menampakan pehanya serta pusat yang bertindik, ketika menghadiri perasmian sebuah majalah fesyen dari Perancis, yang berlangsung di ibu negara.

3. Pasangan selebriti Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani selamat menimang cahaya mata pada 16 September lalu. Bayi comel itu diberi nama Yahaira Leanne. Lisa, 29, dan Yusry, 41, mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012.

4. Pelawak Nabil Ahmad tidak menyangka dapat menunaikan haji di tanah suci Mekah pada 19 September lalu.

5. Pelakon popular Keith Foo atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 32, akhirnya mengaku sudah bergelar suami kepada Kim Raymond. Pasangan tersebut mendaftarkan perkahwinan mereka pada 21 Disember tahun lalu.
Oktober

1. Pelakon kontroversi Ammar Alfian menjelaskan mengenai isu mengenai gambar yang tersebar di Internet yang menunjukkan dirinya tidak berbaju dan lebih mengejutkan di bahagian bahu dan dadanya jelas menampakkan lukisan tatu. Serta video yang dimuat naik di Instgram menunjukkan aksi dia sedang bercumbu dengan seorang gadis.

2. Pengarah terkenal, Erma Fatima membatalkan permohonan cerai terhadap suaminya, Bade Azmi yang difailkannya di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Selangor pada awal Mei lalu.



3. Dunia hiburan tanah air gempar ekoran dakwaan pelakon yang sedang meningkat naik, Atikah Suhaime dan pelakon Ammar Alfian, terlibat di dalam satu video lucah melibatkan mereka berdua serta seorang model terkenal, Idris Khan.
November

1. Kisah Zul Ariffin dan Zahirah MacWilson menjadi bualan hangat ekoran gambar yang tersebar di internet menunjukkan seperti sedang berbual namun yang lebih mencuri tumpuan ialah tangan kedua-dua mereka di bawah meja dan saling berpegangan.



2. Beberapa hari selepas itu, timbul pula isu Zahirah mendakwa dirinya nyaris diculik ketika berada di sebuah pusat membeli belah The Curve Mutiara Damansara. Bagaimana pun kenyataan pelakon drama Mencintaimu itu didakwa bercanggah. Lantaran timbul spekulasi mengatakan Zahira sengaja mengada-adakan cerita bagi mengalih perhatian ramai pihak daripada terus memperkatakan tentang hubungan percintaannya dengan Zul Ariff

3. Aktres Nora Danish sama sekali tidak menyangka penampilannya baru-baru ini pada majlis pelancaran fesyen jenamanya sendiri iaitu Owl by Nora Danish telah disalah erti oleh sesetengah pihak. Malah ada yang menyifatkan pemakaiannya seperti itu tidak sesuai digayakan dan mendakwa menyerupai ala rahib gereja.

4. Penyanyi Mila Jirin selamat melangsungkan pernikahannya dengan dan Isz pada 11 November lalu. Pasangan ini merancang untuk menunaikan umrah sebelum berbulan madu di Turki.

5. Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle menimang cahaya mata kedua mereka diberi nama Nur Aurora, pada 19 November lalu. Diana melahirkan bayi keduanya menerusi teknik bersalin dalam air.

6. Pada 30 November lalu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sedih, pelawak Yus Jambu, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi. Al-Fatihah.



Disember

1. Peminat hiburan tanah air gembira dengan berita Datuk Siti Nurhaliza di sahkan hamil. Bagaimanapun kegembiraan tersebut tidak berpanjangan apabila Siti berkongsikan berita sedih, kandungannya yang berusia dua bulan gugur.

2. Seniwati Allahyarham Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail, 82, meninggal dunia pada 1 Disember, jam 7.32 petang akibat derita kanser usus yang dihidapinya sejak setahun lalu.

3. Ramai pengguna laman sosial mendesak supaya selebriti Fazura memohon maaf kepada salah seorang pengikut Instagram miliknya kerana memalukan wanita itu secara terbuka gara-gara kontroversi perkataan ‘KimK’.



4. Ekoran berita mengenai dirinya telah memeluk Islam, penyanyi dan pelakon Marsha Milan berkata dia memerlukan sedikit ruang dan memohon agar hak privasinya sebagai individu dihormati. Marsha, 30, bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya pada 8 Januari 2016.

5. Pelakon dan pengacara Fouziah Gous berkongsi gambar anak sulungnya yang diberi nama Muhammad Zeeshan yang selamat dilahirkan pada 26 November lalu.

6. Pelakon Anzalna Nasir mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan teman lelakinya, Hanif Zaki, pada 21 Februari depan.



7. Pelakon Nabila Huda selamat bergelar isteri kepada Mohd. Izwan Johar, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Disember lalu.



– mD


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post