"Sultan Melaka" Gila, Anugerah "Datuk" Tak Laku, kata Ketua Menteri

"Sultan Melaka" Gila, Anugerah "Datuk" Tak Laku, kata Ketua Menteri

Individu yang mengaku dirinya sebagai “Sultan Melaka” adalah watak lakonan yang dibawa oleh orang tidak waras, dakwa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

"Sultan Melaka" Gila, Anugerah "Datuk" Tak Laku, kata Ketua Menteri
Raja Noor Jan Shah Tuah (kanan) semasa majlis anugerah pingatnya baru-baru ini, bersama Abdul Rani Kulup Abdullah (kiri) ― Foto ehsan Facebook/Sultan Melaka

Justeru, Idris berkata anugerah darjah kebesaran yang diberi oleh Sultan Melaka itu tidak berharga kerana tidak diiktiraf kerajaan negeri dan persekutuan.


"Dalam isu ini saya berpendapat bahawa dia [seperti] orang gila atau hidup dalam alamnya sendiri, Sultan Melaka ini sebagai satu lakonan oleh pihak yang mungkin tidak waras," katanya dipetik laporan Harian Metro, hari ini.

Beliau mengulas tentang Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka dan memberi anugerah kebesaran seperti yang tersebar di media sosial dan internet baru-baru ini.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah yang mendapat Darjah Paduka Mahkota Melaka (DPMM) dengan gelaran Datuk Paduka.

Idris berkata, pihaknya sudah mengarahkan Setiuasaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar membuat laporan polis jika Raja Noor Jan didapati mengganggu gugat ketenteraman awam di negeri ini.

"Saya percaya polis mempunyai beberapa akta yang boleh diguna pakai ke atas pihak yang terbabit," katanya.

Katanya, kerajaan negeri tidak mengiktiraf anugerah kebesaran disampaikan oleh individu yang mengaku dirinya sebagai sultan, pertubuhan, persatuan, badan kebudayaan dan adat dari dalam dan luar negara.

Tahun lalu, Raja Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Raja Noor Jan atau nama sebenarnya Noor Jan Tuah yang berasal dari Kampung Teluk Perang, Parit, Perak ditahan ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar, Melaka dipercayai menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka"- The Malaymail Online


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post