TAHNIAH Kepada BINTANG FILEM POLIS EVO SHAHEIZY SAM Yang Dikhabarkan Sudah BERKAHWIN

TAHNIAH Kepada BINTANG FILEM POLIS EVO SHAHEIZY SAM Yang Dikhabarkan Sudah BERKAHWIN

TAHNIAH Kepada BINTANG FILEM POLIS EVO SHAHEIZY SAM Yang Dikhabarkan Sudah BERKAHWIN

TAHNIAH Kepada BINTANG FILEM POLIS EVO SHAHEIZY SAM Yang Dikhabarkan Sudah BERKAHWIN
TAHNIAH Kepada BINTANG FILEM POLIS EVO SHAHEIZY SAM Yang Dikhabarkan Sudah BERKAHWIN
KUALA LUMPUR: Bakat baharu, Syatilla Melvin, yang pernah dikaitkan menjalin cinta dengan pelakon popular, Shaheizy Sam, mengakui terkejut dengan gosip yang menyatakan jejaka itu sudah mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup, baru-baru ini.



Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 24, berkata, beliau hanya mampu mendoakan kebahagiaan bintang Polis Evo itu sekiranya apa yang hangat diperkatakan itu benar.

Meskipun pernah dikaitkan dengan Sam, Syatilla mengakui, mereka sudah tidak lama berkomunikasi disebabkan sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing. “Kali terakhir saya berkomunikasi dengan Sam pada bulan lalu. Saya belum berkesempatan untuk bertanyakan dirinya mengenai gosip yang diperkatakan ini. “Mengenali Sam sebagai seorang yang gemar berahsia, tidak mustahil jika gosip ini sesuatu yang benar.

“Namun, saya tidak dapat memastikan kesahihannya kerana hanya mengetahuinya selepas dihubungi wartawan. Jika benar seperti yang diperkatakan, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik. “Tetapi apabila difikirkan semula, saya akui agak kelakar apabila timbul cerita sebegini. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba ada pihak mendakwa dia sudah berkahwin. Saya sudah lali dengan cerita begini kerana ia bukan pertama kali timbul,” katanya kepada BH Online. Bagi Syatilla, lebih baik menunggu kenyataan rasmi empunya badan daripada terus membuat spekulasi yang hanya mengundang pelbagai masalah lain. “Lumrah anak seni apabila sering terpalit dengan kontroversi dan cerita sensasi. Saya mohon mereka yang di luar sana supaya jangan terlalu mudah percaya dengan setiap khabar angin yang timbul. Tunggu sehingga tuan punya badan sentiasa mengiyakan kesahihan cerita itu,” tegasnya. Terdahulu, ibu Sam iaitu pelakon, Khaty Fauziah menafikan dakwaan anak lelakinya itu sedang membuat persiapan perkahwinan. Bagaimanapun, beliau tidak terkejut dengan gosip itu kerana ia bukan kali pertama tersebar. Syatilla juga bersyukur kerana keluarganya memahami asam garam kehidupan anak seni dan tidak mudah melatah dengan setiap kontroversi yang melanda dirinya. Beliau menegaskan, masyarakat di luar sana juga harus mengambil pendekatan yang sama dan tidak mudah percaya dengan khabar angin. Dalam perkembangan terkini, Syatilla sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Sha dan Shah arahan Eyra Rahman. Drama 16 episod itu turut menampilkan Kamal Adli, Shima Anuar dan Nina Iskandar dalam barisan pelakon.



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post