Bekas tentera dibebas tuduhan bunuh anak sendiri, kini dimasukkan ke Hopsital Bahagia

Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi memerintahkan seorang bekas tentera ditahan di Hospital Bahagia Hulu Kinta seberapa lama sehingga mendapat pengampunan Sultan Perak.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan demikian selepas mendapati tertuduh, Abdul Harif Mohamad, 48, bersalah membunuh anaknya, Ahmad Solehin, 21, berstatus orang kelainan upaya (OKU). Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Lot 7839, Jalan Terusan Simpang Lima, Parit Buntar, di antara jam 5.30 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 Disember 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. Dalam penghakimannya, Mohamed Zaini berkata, berdasarkan keterangan dikemukakan dalam perbicaraan, mahkamah mendapati tertuduh melakukan kesalahan itu seperti pertuduhan ke atasnya.

“Walaubagaimanapun, dia didapati dalam keadaan akal tidak waras ketika melakukan perbuatan itu dan tidak mengetahui akibat perbuatannya. “Oleh itu, mahkamah perintahkan tertuduh ditahan di Hospital Bahagia Hulu Kinta seberapa lama mana sehingga mendapat perkenan pengampunan Sultan Perak seperti dalam Seksyen 348(1) Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Terdahulu, mahkamah dimaklumkan tertuduh pernah mendapat rawatan di Wad Psikiatrik Hospital Pulau Pinang dan pemeriksaan terhadapnya oleh pakar Hospital Bahagia Hulu Kinta juga mendapati tertuduh mengalami Bipolar Disorder Type 2 (kecelaruan mental). Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari, manakala tertuduh diwakili peguam Rajit Singh.

Sumber : BH

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post